Jalan Dalam Hujan

By | 12/02/2015

one residence

Agak lama saya tak pergi rumah bos saya dekat jalan klang lama, sejak dia pindah ke Melbourne dua tahun lepas dan balik sini setahun dua kali saja … itu pun jarang ke sana … tapi hari tu dia panggil saya ke sana mintak tolong set up kan untuk event sebelah malam ….

sampai sana je barang-barang dah ada, masa tu tinggal lagi beberap jam sebelum event bermula jadi kena siapkan cepat apa yang patut … lega bila makanan sampai tepat pada masa nya jadi tak kelam kabut, lagi pun event kecik-kecik je cuma jemput HOD dan kenalan rapat bos ( saya kuli yang tak ada jawatan ) ..

masa tu hujan tapi bos saya nak tunjuk tempar parking kereta … “bos hujan ambik payung dulu” sekali dia gelak .. ” hujan je pun i dekat sana masa salji jalan macam ini jugak ” loll biar betul bos saya nieh … ye lah dia kata sana mana ada orang jalan time salji turun guna payung .. angin kuat payung tu terbang ke mana je lah nanti … jadi saya pun pasrah je lah jalan ikut dia dari belakang.

dah settle semua bos ajak makan dulu sebab nanti busy tak sempat makan .. loll bos bukan nak kena buat apa pun event pun cuma 50 orang je … tapi layan je lah kannn …..

masa makan saya saja tanya dekat bos saya “malaysia dengan melbourne mana lagi best ” saja je tanya soalan macam tu sebab saya tahu anak dia lagi suka melbourne kalau tak masakan anak dia mintak sambung belajar dekat sana ( sorang form 5 sorang form 2 ) …

kata bos saya sini dengan saya tak sama cara kehidupan nya banyak benda yang tak boleh di buat sendiri walaupun benda tu boleh buat sendiri … mata saya blink-blink tak faham maksud dia …..

kata bos saya dekat sana kalau kita pergi mall kena cari parking yang memang boleh parking .. maksud nya dekat sana ada masa-masa tertentu boleh parking atau tak, sampai bila boleh parking, berapa kena bayar dan macam-macam lah … katakan boleh parking cuma 2 jam jadi lepas 2 jam kena alihkan kereta ke petak parking yang lain kalau tak sah kena saman … parking sana pakai sensor cukup masa tak alihkan kereta pennguakuasa akan datang saman …

kalau pindah rumah kena bagi notis satu bulan, peralatan yang di sediakan kena berada dalam keadaan baik kalau tak deposit burn macam tu je …. kata bos saya lagi walaupun hanya mahu tukar tombol pintu kena panggil tukang pintu, kalau nak pasang kabel internet tetap kena panggil technician datang pasang.. benda tu kita boleh buat sendiri tapi kalau apa-apa jadi tak boleh nak claim insurans.

dekat sana kos sara hidup tinggi semua benda kena guna duit bukan macam dekat malaysia nieh banyak benda boleh berjimat ….. tapi bos saya lagi suka melbourne.. anak-anak dia pun dah tak berapa nak reti cakap melayu sangat kalau nak cakap pun kena bos saya translate kan .. ye lah sekolah international kan jadinya nak cakap melayu tu memang kurang lah ….

dua tahun lepas masa dia nak pindah ke sana, saya yang buatkan dokument semua, masa saya buat tu memang saya langsung tak tahu proses nya tapi bos saya nieh jenis ok dia kata kalau tak tahu cara google dari situ saya boleh belajar apa dokument yang di perlukan apa yang kena buat …. sama jugak proses dia nak bawak kereta ke sana … kira bonus pada saya lah sebab belajar benda baru dalam masa yang singkat ….

p/s : tak ada ura-ura dia nak balik sini memang dia akan terus tinggal dekat sana lah ….

2 thoughts on “Jalan Dalam Hujan

  1. Sue Sopian

    kat oversea memang banyak beza dgn negara kita..
    lagipun undang-undang kat sana memang dilaksanakan setegasnya.. kat sini..?? hurmmmm.. harap ada je undang-undang tapi pelaksanaan tak tegas mana pun.. -_-
    Sue Sopian recently posted…Syurgakah Itu Atau…?My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.