Apa Yang Kita Mahu Terlalu Banyak

By | 06/02/2015

image

saya cuba menulis seringkas yang mungkin sementara belum sibuk dengan urusan kerja pagi ini … kalau ikutkan banyak benda yang saya mahu tuliskan tapi hanya mampu menulis beberapa pekara secara ringksan saja.

kadang-kadang pernah tak kita fikir apa yang kita mahukan sebenarnya lagi banyak dari apa yang kita berikan. kadang-kadang apa yang kita mahukan tu sebenarnya benda yang perlu kita usaha sungguh-sungguh.

cuba fikir bagaimana kita dengan pasangan kita, apa yang kita minta dari pasangan kita sedangkan kita dah ada jawapan tapi kita tetap juga minta. contohnya kita dah tahu yang pasangan kita tu malas nak mesej, tak suka nak call, tak suka nak borak lama-lama tapi kita tetap juga mahukan pasangan kita buat semua tu sedangkan benda yang sama di bualkan.

balik pada diri kita semula dan cuba  kita fikir kenapa sedangkan kita mahu keadaan sama macam orang lain. kenapa kita tak cuba cari sesuatu yang lain untuk buat pasangan kita mahu berbual lama, mahu mesej dengan kita..

itu mungkin tak apa-apa tapi pernah kita fikir kenapa pasangan kita bersikap dingin dengan kita? pernah kita tanya pasangan kita kenapa bersikap begitu? mesti tak ada pertanyaan begitu kesudahannya kita akan buat andaian sendiri yang menyakitkan hati kita.

kita akan terasa bila pasangan kita bersayang-sayang dengan orang lain sama jugak dengan pasangan kita, walaupun kita sudah minta maaf dan mungkin pasangan kita sudah maafkan kesalahan kita tapi belum tentu pasangan kita boleh lupakan apa yang kita lakukan.

setiap jawapan tak semestinya perlu ada “kenapa” dan tak semestinya setiap soalan perlu ada jawapan.. pada waktu puncak kemarahan perlu ada ruang berdiam diri untuk tenangkan hati bukan memaksa berikan jawapan setiap soalan.

semua tu balik pada diri kita semula bukan pada orang lain, bukan hanya nampak salah orang lain. paling penting jangan buat andaian yang akan menyakitkan hati sendiri..

itu hanya sebahagian cerita kehidupan sekeliling saya … saya rasa ramai je yang lalui keadaan macam tu.. jadi dari kita menunding jari pada orang lain dan tolak semua salah pada orang lain cuba kita pandang diri kita semula …

One thought on “Apa Yang Kita Mahu Terlalu Banyak

  1. titan

    tu la.

    gua nak makan cendol hari-hari..

    gua nak makan nasi lemak..

    gua nak makan sotong bakar..

    gua nak lobester cheese..

    gua nak..makan banyak-banyak.

    hehe..
    titan recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.