Meroyan Atau Monopos

By | 30/01/2015

image

Macam tak berapa suka nak update bila marah sebab mesti akan ada perkataan kemarahan yang akan ada dalam entry ini tapi saya cuba tak menggunakan perkataan kemarahan dalam entry ini tau ….

saya kalau tak suka atau marah mesti akan diam tapi kalau penat pun saya akan diam jugak … okey sebenarnya saya penat dengan perasaan sendiri sebenarnya ….

tak tahu lah saya apa yang kak teh tu meroyankan sampai bahasa pun ntah apa-apa dan sangat menyakitkan hati …. benda kecik je pun nak marah macam apa …

ofismate submit borang cuti tapi kak teh kata “devi cuti kan kenapa sign buta ke apa” saya yang dengar pandang dia dengan mata tak toleh pun .. rasa macam nak sekeh je kak teh tu …..

tengahari dia bising dekat saya dia baru sebut “saya hari ini cuti…” belum dia habis cakap terus dia marah saya boleh dia kata “u nieh kalau orang cakap tak reti pandang orang ke buat orang sakit hati” masalahnya mana lah saya tahu yang kak teh tu cakap dengan saya memang lah dia berdiri dekat meja saya tapi dia pandang tempat lain dan masa tu saya tengah buat kerja…

fuhhh kalau tak sabar lama dah kak teh kena bahasa dengan saya, kang kalau saya kata sikit je mesti dia kata saya tak tahu hormat dia jadinya saya diam dan tak bercakap dengan dia pun..

agaknya dia marah saya sebab last week bos buar mini gathering untuk HOD semua department tapi tetiba dia nampak saya dekat situ.. sah dia fikir kenapa saya kena ada dekat situ sedangkan saya nieh cuma xxxxxx je pun ….

hari tu dia bising dekat saya dia kata “bila saya nak improve kalau kerja sama je” memang nak kena bahasa lah nampak gayanya nieh soalan cari pasal …

macam mana nak improve kalau dia langsung tak mahu ajar saya apa-apa dia sendiri kata dia tak mahu ajar saya apa-apa masa mula-mula saya kena transfer situ … kerja yang saya buat sekarang nieh pun saya belajar dari apa yang saya tengok sekarang dari kawan-kawan .. bila tanya ada benda boleh tolong dengan buat muka dia kata tak ada .. jadi siapa salah?

sebenarnya memang payah kerja dengan kak teh rasanya kalau orang lain dah lama berenti kerja dengan sikap kak teh yang macam tu … nasib dia dapat staff macam saya yang sabar dengan kerenah dia tu….

kalau nak ikut rasa menyampah tak tahu lah berapa bakul menyampah saya pada kak teh tu … sudah nya sabar je lah …

3 thoughts on “Meroyan Atau Monopos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.