Kaca Mata Dari Cheetah

By | 21/01/2015

10802076_325703797626653_9220177909352003657_n

 

 

Macam dah lama sangat tak update blog, sejak dua menjak nieh memang rasa malas sangat nak update blog bukan sebab tak ada idea nak menulis cuma kemalasan melanda tu je .. kalau nak ikutkan banyak je idea yang datang sampai mencura-curah tak cukup perigi nak tanadah tapi sudahnya terbazir macam tu je idea yang datang.

Beberapa hari lepas singgah Fokus Point Tesco Shah Alam tu untuk buat spek mata baru, maklumlah kan bila usia meningkat maka power spek mata pun akan meningkat jugak tak banyak pun 50/70  bhahahahaha nampak sangat rajin baca buku dan mengadap lappy.

sampai sana cuma bagi nama dan no ic saja semua rekod dah ada dalam system diorang jadi senang boleh tahu bila kali terakhir tukar spek mata … kali terakhir adalah tahun 2012 makkaihhh lamanya saya guna spek mata yang lama nieh ..

asalnya saya cuma nak tambah power je jadi tak lah keluar duit banyak-banyak ( bukan duit saya pun ) tapi bila ayah saya kata tengok lah spek baru ( bingai baru ) terus melompat dengan ria sebab dapat tukar bingkai sekali … pilih punya pilih tak tahu mana nak pilih … masa tu ada jenama bonia, vior, cheetah dan beberapa jenapa lagi tapi sudahnya saya pilih jenama cheetah.

nak tahu kenapa saya pilih cheetah sebab bingkai dia ada dua warna depan warna merah gelap belakang warna biru muda dan paling penting spek tu adalah kecik tak besar …. jadi melayang lah beberapa ratus untuk spek mata baru itu ….

yang best nya bila dah jadi pelanggan tetap sah-sah dapat diskaun yang berbaloi tanpa di minta … diskaun yang saya dapat dekat RM100++ jugak kalau nak ikutkan harga asal .. ye lah bingkai dah RM400 lens + silau + kompyter lens tu semua dah berapa mahu cecah RM700-RM900 tapi saya cuma dapat RM500 heheheheheh

paling bestnya spek mata tu siap dalam masa beberapa jam saja, saya pergi pagi petang dah siap jadi tak perlu nak tunggu lama .. paling best saya dah terhilangkan resit yang ada diskaun RM50 tapi tak mengapa lah kan memang tak ingat saya letak mana atau saya terbuang… heheheheheh …..

4 thoughts on “Kaca Mata Dari Cheetah

    1. Namia Cinta Post author

      paling cepat beberapa jam .. paling lewat pun satu hari je dah siap buat dekat situ 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.