Percutian Di Mayangsari Resort

By | 17/11/2014

20141116_121705

 

Apartment 2 bilik Mayangsari Resort & Spa ini pastinya akan memberikan kelainan pada percutian korang, apartment yang mengadap laut pasti akan buat korang rasa tenang sambil menikmati udara yang nyaman. kalau sudah ke sini pastinya tak akan mahu pulang ke rumah sendiri sebab apartment ni dah rasa macam berada di rumah sendiri.

 

20141116_121909

 

Bilik utama yang mengadap laut pasti akan buat penghuninya rasa tenang melihat keindahan semulajadi laut yang sangat luas. bukan itu saja ruang bilik ini juga sangat luas.

 

20141116_121825

 

Ruang tengah antara bilik utama dan bilik air .. gaya moden .

 

20141116_121854

sebenarnya pada saya paling best adalah jakuzi dalam bilik air tengah ini,  begitu bahagianya dapat berjakuzi lama-lama tanpa ada gangguan, kalau tak dapat mandi laut atau swimming pool pun tak apa asalkan dapat berjakuzi lama-lama.

20141116_121729

Bilik ke dua ini juga mempunyai ruang yang luas dan mempunyai bilik mandi sendiri cuma tiada jakuzi saja …

 

20141114_154138

kolam renang yang luas juga akan buatkan korang rasa selesa dan tak risau sesak dengan pengunjung lain, nampak tak nampak tak dari kolam renang korang masih boleh melihat laut yang sangat luas, kalau nasib korang baik masih boleh tengok metahari terbenam.

selain tu korang boleh buat bbq di taman yang luas, tempat bbq juga di sediakan tinggal korang bawa barang-barang saja. hujung minggu memang meriah dengan penggunjung.

paling penting korang tak perlu risau tentang tempat letak kereta sebab resort ni luas jadi banyak tempat letak kereta, kalau korang rajin sikit korang boleh jalan kaki menyusuri  hutan-hutan kecil untuk sampai ke tepi pantai.

mesti korang kata harga satu malam pun dah sangat mahal mana mampu, kalau korang nak harga yang berbaloi dengan wang yang korang keluarkan korang boleh booking melalui saya,  boleh bagi harga best untuk korang. tapi hanya dengan saya saja lah kalau korang terus booking dekat resort memang tak akan dapat harga cun yang akan saya bagi dekat korang. kalau ada yang berminat email saja pada saya di [email protected] 

 

Selamat Bercuti …….. 🙂

3 thoughts on “Percutian Di Mayangsari Resort

  1. Jati

    waooowwww cantiknye . pengennn nak bergegas langsung cusss kesanaaa ,,
    long weekend pasti datang ke mayangsari resort .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.