Perjalanan Yang Tidak Sama

By | 07/10/2014

10-3

 

 

perjalanan kita yang tak sama … kehidupan kita yang tak sama … malah semuanya tak sama tapi dalam masa yang sama saya cuba jadikan ianya sama tapi tertanya itu semua hanya sia-sia saya tetap berada di jalan dan tempat yang tak sama .. tahu tak macam mana rasa sakit saat ini bila kesudahan nya sangat menyakitkan

tipulah kalau saya kata yang saya tak terkesan dengan tindakan saya yang sebegitu yang tak pernah saya fikirkan akan berlaku .. tipulah kalau saya kata yang saya tak sedih … memang banyak benda yang tak kesampaian tapi saya tak kisah sebab saya cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik walaupun ada kalanya apa yang saya lakukan di salah ertikan.. jadi apa lagi yang harus saya katakan dan lakukan ?

jangan bagi saya kata ” hidup baik-baik moga gembira dengan kehidupan akan datang” itu ayat yang paling saya tak suka dan buat saya rasa bersalah tapi itu lagi baik dari menghukum diri masing-masing dalam keadaan yang tak akan berubah .. maaf ye tu je yang mampu saya katakan

Sudahnya saya yang harus senyum saja walaupun hati saya sangat sakit dengan semua keadaan-keadaan yang tak seharusnya berlaku hingga buatkan fikiran saya begitu kusut dab tak mampu nak berfikiran dengan waras .. dan saya pasti akan ada manusia yang akan kata “benda remeh tak payah nak fikir sangat” mungkin manusia yang kata macam tu adalah manusia yang tak ada perasaan mungkin juga manusia yang datang dari planet lain sebab tu tak ada hati dan perasaan.

dalam keadaan serabut saya tetap cuba berfikir dengan waras sebaik mungkin agar tidak menyakiti sesiapa tapi ternyata saya gagal berfikir dengan waras hingga tanpa sedar saya telah menyakiti orang lain .. ya itu adalah tindakan yang tak berapa nak bijak yang selalu saya akan lakukan bila saya tak mampu nak berfikir dengan waras dalam keadaan serabut jadi jangan minta saya buat apa-apa keputusan ketika saya berada dalam keadaan serabut.

sudah kenapa lagu “ramalan ku benar belaka” berkumandang ketika ini berulang kali hingga saya tak pasti berapa banyak kali silih berganti dengan lagu “hanya sengengam setia” yang dari tadi mencuri pendengaran saya .. okey itu adalah ilusi yang susah saya nak katakan .. “pang” itu bukan ilusi sengal itu adalah kenyataan ..

ya kenyataan yang harus saya akui .. kenyataan yang sanagat menykitkan hati dan perasaan sesiapa saja yang berada di laluan saya ketika ini .. ohhhh terasa sangat sengal bila di “pang” oleh diri sendiri .. itu lah siapa suruh berangan sangat ..

tak payah nak membentak sangat lah hati, lalui je apa yang sudah terbentang di hadapan tak payah nak lukis jalan baru yang ada banyak paku duri serangga .. hohhh serangga ??? apa kaitan serangan dengan jalan ??? ya tak ada kaitan cuma penyedap jalan cerita yang di reka untuk gembirakan diri sendiri …

“kau memang dah gila lagi sekali nampaknya ” okey saya tak mampu nak gelak mahu pun menangis bila semua jalan menghala ke jalan mati … loll jalan mati apanya dah sendiri yang buat jalan mati maka jalan matilah penghujungnya .. okey okey kita padam balik dan lukis balik …

“pang” adoiii kena lagi sekali nampaknya kena pang dengan diri sendiri .. hoiii dah kenapa kena pang nieh … “mana boleh padam bil dah lukis tetap kena lalu suku jalan baru lukis jalan baru buat lencongan” hahahahahaha yang ini memang gila tak pernah fikir nak buat macam tu …

sudah layan kegilaan ini sampai esok pun tak akan habis, kalau habis pun dengan semua benda pun akan jadi tak betul .. ikut sangat kegilaan yang terlampau tu .. buat lah lagi .. cipta lagi jalan yang tak sepatutnya .. sendiri padan muka .. “ohh sampainya hati kata macam tu” hahhhahahahahaha ad kisah semua tu bila orang lain pun tak kisah jugak ..

“sudah lah tu pergi lukis benda lain dulu nanti kita cakap lagi ” hoii boleh macam tu kan ada kena debik jap lagi nieh … tengah serius boleh buat kelakar .. ” well nak debik silakan nanti sendiri rasa sakit kan ”

 

Nota Gila : kalau korang tak faham saya lagi tak faham apa yang saya tulis … apa yang di tulis ikut apa yang ada dalam kepala otak saya ketika menaip … ( cakap dengan bayang-bayang diri sendiri )

 

pumunta para sa walang kadahilanan .. salamat sa lahat ng bagay at natapos na namin ang kuwento dito

 

5 thoughts on “Perjalanan Yang Tidak Sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.