Jangan Pergi Melaka | Part 2

By | 24/10/2014

2014-10-19 11.51.58

 

teruja sangat dapat naik kapal besar ( fefeeling bawak kapal ) gaya masa nak naik tangga ke aras atas nieh sebab tangga dia ke bawah gitu jadi terasa lah gayatnya nasib tak jatuh … tak best nya aras atas sekali tu tak boleh naik pulak kalau tak boleh fefeeling macam titanic gitu .. kihkihkih

mula-mula ingat nak masuk kapal nieh mahal sangat harga tiketnya tapi rupanya murah je kalau tak salah saya harganya RM3 atau Rm6 gitu lah tak berapa nak ingat sangat ..

2014-10-19 11.57.06

menjelajah kawasan dalam kapal yang agak besar buatkan saya lagi tambah teruja .. ohh alat yang saya pakai tu adalah alat bantuan penerangan setiap tempat yang ada label nombor, jadi tak payah habiskan masa untuk membaca fakta yang ada.. cuma scan je label yang ada dengan alat pengimbas tu nanti akan ada audio yang akan bagi tahu .. jadi boleh dengar sambil berjalan.

2014-10-19 12.01.02

 

percubaan merompak harta karun ( acah-acah je ) tak berjaya sebab peti harta karun tu susah sangat nak bukak .. kihkihkih okey mengikut pada penerangan peti harta karun tu digunakan pada zaman dulu untuk membawa harta karun ke sesuatu tempat. mungkin kalau korang yang jumpa peti harta karun tu akan buat korang menjadi seorang yang kaya raya atau mungkin korang akan hanya dapat peta harta karun saja …

2014-10-19 12.02.29

Fefeeling dekat meriam yang ada dekat situ, tapi kan memang sesuai bawak anak-anak ke sini untuk belajar sejarah dan menikmati suasana dalam kapal yang besar ini … dan macam-macam yang ada dekat kapal ini yang boleh di teroka ..

2014-10-19 11.32.04

 

yehaaaaaaa yang ini paling saya teruja sebab dapat naik menara taming sari . ohhhh best nya dapat melihat pemandangan melaka dengan  seluruh pusingan siap nampak laut dan macam-macam lah .. kena naik sendiri baru boleh rasa keterujaan nya..  dasar kank-kanak riang memang macam tuh.

2014-10-19 12.19.38

 

Sebelum menghabiskan perjalanan di melaka haruslah naik bot di sungai melaka yang sangat buat saya teruja dengan pemandangan kiri dan kanan yang penuh dengan lukisan-lukisan cantik di bangunan tepi sungai tu … ohhh boleh saya tertido dalam bot kan heheheheheh

2014-10-19 12.46.25

 

2014-10-19 12.29.20

 

serius terasa nak datang melaka lagi lepas nie, rasa macam tak puas sebab banyak lagi tempat yang belum di jelajah, mungkin bila ada budjet dan masa boleh lah habiskan jelajah negeri melaka pulak … lagi pun keseluruhan budjet untuk semua ini kurng dari RM300 ( angaran ) mungkin RM300 tu boleh termasuk penginapan dan makan kalau pandai budjet dan merancang percutian korang .

akhir sekali terima kasih sangat-sangat kepada penaja, jurugambar, juruedit dan semua yang ada masa perjalanan ini .. saya sangat-sangat gembira walaupun hanya untuk setengah hari saja berada di melaka .. 🙂

 

Jangan Pergi Melaka – Part 1

3 thoughts on “Jangan Pergi Melaka | Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.