Biasalah bila kanak-kanak riang terlepas dekat padang memang susah untuk di kawal apa lagi untuk di halang jadi jalan terbaik adalah dengan biarkan saja apa yang kanak-kanak riang mahu lakukan. masalah nya kanak-kanak ke bukan dah boleh jadi mummy ke heheheheheh ..
sangat meriah dataran putrajaya pada sebelah petang dengan macam-macam aktiviti, ada yang naik basikal, ada yang main roller blade, ada yang main mini skuter dan ada jugak yang main bubble giant … jadi seperti biasa kanak-kanak riang yang sorang ni mahu menujuk skill bermain roller blade jadi pergi lah mencuba tapi kan malangnya skill bermain roller blade dah tak ada satu apa skill pun tak boleh nak buat kalau dulu dengan belagaknya boleh lompat-lompat dan paling sangat mencabar bermain palang besi dengan menggunkan roller blade .. tapi itu semua kisah beberapa puluh tahun yang lepas lah kan.. kihkih
jadi apa yang mampu naik saja basikal dan mini skuter nieh tawaf satu bulatan besar dataran putrajaya tu dengan tak perlu nak fikir sangat pasal masalah negara.. nasib kanak-kanak riang bukan retis kalau tak sah-sah dah kena kejar dengan wartawan hehehehehe ( pengsan )
kadang-kadang bila fikir bestnya jadi kanak-kanak riang tak perlu fikir masalah, tak perlu fikir pasal kerja atau apa-apa yang tahu hanya lah bermain saja kan best namanya tu.
okey ini akan jadi tempat santai saya lepas ni, dekat tak berapa dekat jauh tak berapa jauh asalkan senang hati dapat bermain di dataran sambil melihat gelagat kanak-kanak riang yang lain.
Nampak betapat gembiranya mereka bermain, mereka seakan lupa dengan masalah kehidupan .. kadang-kadang kita kena cari sesuatu benda untuk di lakukan untuk tenangkan hati kita dari fikir macam-macam masalah. dengan cara tu kita akan dapat fikir dengan waras macam mana nak selesaikan masalah yang kita hadapi.
kalau korang datang sini sila lah bagi tahu saya mungkin kita boleh bersantai bersama di sini dan habiskan masa bersama ye … kalau lepak sorang-sorang memang tak rasalah gembiranya.
budak mana yang ponteng sekolah nih..haaa…
titan recently posted…Cuti Deepavali, apa aku buat hari ini?
tak ponteng sekolah pun pergi hari ahad .. ahad mana sekolah 🙂
Kalau bawa anak2 main time malam lagi happening..
Noriza Rahman recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Latar pengambilan gambarnya cantik
gina recently posted…Kondom Untuk Pencegahan Dan Penularan HIV & AIDS