Sindikit Jual Keropok

By | 02/09/2014

sindeket

 

Zaman sekarang nieh macam-macam cara orang guna untuk dapatkan duit dengan mudah walaupun mereka tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah tapi oleh kerana kehendak mereka maka mereka sanggup lakukan apa saja.

mesti korang pernah nampak kan orang tua-tua yang duduk di kaki lima berdekatan dengan bank yang jual keropok tu atau orang tua-tua yang jalan dari meja ke meja jual keropok .. part nieh lah yang saya nak cerita kat korang.

sabtu lepas masa saya tengah tunggu ayah saya pergi bank saya perasan memang ada makcik yang jual keropok duduk dekat situ walaupun bank tu agak sunyi dan kalau hari cuti memang tak ramai orang yang akan datang ke situ lagi-lagi hari dah petang … sementara tunggu ayah saya borak-borak lah dengan mak saya dan tak lama lepas tu ada satu MPV berenti dekat situ.

Mulanya saya ingatkan MPV tu nak pergi bank tapi bila saya nampak makcik yang jual keropok tu pergi ke MPV tu dan bercakap kejap dengan pemandu MPV tu saya terus perhatikan secara sembunyi-sembunyi  takut pemandu tu perasan. makcik tu jalan kaki pergi ke surau yang tak jauh dari bangunan bank tu, lebih kurang 5 minit macam tu makcik tu datang balik dan duduk dekat tepi jalan tu dan ada sorang makcik keluar dari MPV tu dan dalam masa yang sama ada sorang mkcik datang dri arah surau berdekatan.

saya syak semua tu ada lah sendekit sebab MPV tu plat pendaftarn dari negara thailand pemandunya munkin ….. tak dapat nak pastikan bangsa apa tapi lelaki tu berkulit gelap. makcik-makcik tu mungkin dari Myanmar..

Masa saya nak ambik gambar pun saya risau, risau lelaki tu perasan yang saya ambik gambar .. tengok pada gambar pun korang boleh tau macam mana kedudukan kamera saya … sambil ambik gambar sambil pura-pura borak dengan mak saya ..

Bila agaknya kerajaan nak banteras sendekit ini, kesian dekat makcik-makcik tu datang dari jauh sudah nya jadi macam nieh… harap-harap kerajaan boleh banteras habis-habisan kegiatan mereka.

 

One thought on “Sindikit Jual Keropok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.