Cabaran 30 Hari – Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Pada Saya

By | 07/09/2014

segi-university-college

 

Penting ke pendidikan pada kita zaman sekarang ni ? tak kisah lah korang buat diploma ke, ijazah ke, master atau PHD sekali pun mesti korang ada alasan sendiri penting ke pendidikan zaman sekarang.

Dulu masa lepas SPM saya tak rasa nak sambung belajar sebab tu saya pilih untuk berkerja di pasaraya dan pernah buat macam-macam kerja yang budak zaman sekarang tak mahu buat.

lepas 2-3 tahun kerja saya mula fikir kalau nak harapkan SPM takat mana je kerja saya gayanya sampai sudah lah saya akan berada di tahap tu yang tak akan berkembang. jadi bermula lah pencarian tempat untuk sambung belajar dan apa kursus yang saya nak ambik …

well kalau ikut kan saya dapat je tawaran pergi universiti untuk jurusan seni tapi saya tolak dan pilih untuk sambung belajar dekat Segi Universiti dulunya Segi Collage dan masa tu ada beberapa jurusan yang kena dengan keputusan saya … masa tu saya boleh ambik jurusan pelukis plan, penghotelan, multimedia, komputer dan beberapa lagi jurusan …

Setelah fikir-fikir balik saya terus buat keputusan untuk buat animasi visual, masa tu berapa kerat sangat perempuan dalam kelas kalau tak salah ada lah dalam 5 orang macam tuh … belajar beberapa tahun lepas tu dah tamat belajar…

Pada saya lah pelajaran itu sangat penting walaupun kita hanya bermula pada peringkat awal … dan dengan pelajaran jugak kita senang dapat kerja yang lagi baik walaupun zaman sekarang ni banyak company yang lebih pentingkan pengalaman tadi taraf pendidikan… sekarang nieh pun saya rasa macam nak sambung belajar lagi.

 

Apa pulak kata korang penting ke pendidikan zaman sekarang?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.