Nasi Goreng Daging Merah Bersama Lalat

By | 29/09/2014

IMG_20140928_222100

 

Makan malam yang telah di rosak kan dengan kejadian yang tak terfikir dek akal fikiran, sebelum nieh hanya melihat orang lain yang menjadi mangsa keadaan tapi hari ini berlaku pada diri sendiri …

siapa yang tinggal dekat shah alam mesti tau kedai makan D’Amsa seksyen 19 yang dekat dengan klinik Nik Ishak tu, kalau tak tau sila google .. kejadian nya berlaku di situ lah ..

sebab tak tahu nak makan apa mak saya order lah nasi goreng daging merah sementara tunggu makanan tengok kejap AF2014 best lah jugak walaupun dekat rumah tak ada astro .. makanan sampai apa lagi makan lah sebab dah lapar kan..

 

IMG_20140928_222619

 

tapi ………. bila mak saya dah habis makan mak saya terperasan sesuatu dan suruh saya tengok apa benda tu … saya dengan selamba pegang lah benda tu ye lah kot-kot bawang yang hangus masa masak ke … tapi kan tapi kan …

benda tu adalah seekor lalat yang telah di masak bersama daging merah .. glupppp !!! macam mana nak perasan sebab banyak sayur dari daging kan … jadi panggil lah orang kedai tu dan bagi tahu pada dia …. tapi orang kedai tu kata ” nak ganti yang baru ke ”

kalau belum makan mungkin akan minta ganti baru tapi ini dah makan kalau ganti baru siapa yang nak makan bazir je .. ok lah sambil bebel sambil tengok AF .. masalah nya kedai tu ada board A yang bermakna kedai itu adalah bersih sebersihnya tanpa ada benda-benda yang tak sepatutnya …

Masa bayar kita orang inform dekat kaunter tapi malang nya akak kaunter tu buat muka tak tahu je … dengan maaf pun tak ada apa pun tak ada buat muka macam tu ye …

okey kalau dia fikir  kalau kejadian macam tu berlaku pelanggan tak akan boleh buat apa-apa dia silap sebab zaman sekarang nieh zaman canggih kejap saja berita tersebar

 

IMG_20140928_222546

 

Bukan niat saya nak tabur pasir dalam periuk nasi orang lain tapi ini soal kesihatan pelanggan, ┬átak kan bila ada kes yang berat-berat baru mereka nak ambik tindakan, dan tak kan setiap aduan mereka buat muka tak tahu …

lepas nieh memang dah tak akan ke sana lagi walaupun makanan dekat situ sedap, sedap macam mana pun tapi kalau kebersihan tak di utamakan memang tak akan berkrompomi lah …

 

9 thoughts on “Nasi Goreng Daging Merah Bersama Lalat

  1. sensasi2020

    Tidak patut kakak casher tu buat tidak tahu, sepatutnya perlulah minta maaf kepada pelanggan. Ini soal kesihatan, kalau makan dan cerek-berek macam mana?

    Semoga Namia berhati-hati selepas ini agar tidak termakan makanan yang kotor atau tidak bersih.

    # Memohon maaf adalah perkara terbaik bagi sesiapa yang membuat kesalahan.
    sensasi2020 recently posted…Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.