Kalau Nak Cepat Kaya

By | 11/08/2014

iklan

 

 

Kadang-kadang bila ada mood nak membaca yang di tulis oleh orang lain tiba-tiba mood tu hilang dan boleh bertukar jadi raksasa ganas sebab orang yang buat blog tu nak “cepat kaya” tanpa fikir orang yang masuk blog tu cuma nak baca apa yang di tulis dan bukan nya mahu bagi “duit percuma” pada tuan blog tu.

kalau jumpa blog yang buat pop up ikalan macam gambar dekat atas tu mesti ramai dah jadi raksasa macam saya, itu mungkin tak apa lagi kalau ada button x dan ada solution apa yang mahu di pilih tapi bila langsung tak ada solution itu yang buat jadi raksasa bila dah klik x tapi tetap di bawa ke page iklan yang di pasang dah macam mana tu …

sakit hati okey bila jumpa blog yang macam nieh tetiba terasa nak maki  je sebab memang nak baca sangat apa yang di tulis tapi terpaksa lupakan niat tu sebab ada benda tak best yang kacau …

sama lah jugak dengan pop up button like tuh, kalau di beri solution tak apa tapi bila tak ada solution macam kena tunggu 1000 saat atau memang di paksa klik kotak tu lagi lah bertambah jadi raksasa ganas … ada jugak lah orang yang macam tuh sekali bagai nya …

mungkin pada orang lain itu pekara remeh tapi pada orang macam saya yang tak banyak masa untuk membaca secara santai itu dah di kira buang masa bersaat-saat ….

kalau rasa nak cepat kaya banyak lagi cara lain jangan buat cara macam tu tahu … sebab bila ramai yang menyumpah sah-sah lah apa yang di perolehi tu ….  jadi berpada-pada lah apa yang kita lakukan ….

 

p/s :  jangan fikir nak cepat kaya saja banyak lagi cara lain yang boleh buat kita kaya

 

4 thoughts on “Kalau Nak Cepat Kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.