Jangkitan

By | 20/08/2014

IMG_20140820_152302

 

 

Dua hari lepas sebelah malam dah rasa sakit perut lain macam tapi saya biarkan je sebab ingatkan sakit perut biasa je macam tersalah makan ke atau lambat makan ke .. sakitnya pun tak lah teruk mana jadi saya masih teruskan aktiviti seharian macam biasa.

hari selasa pagi tu still rasa sakit tapi sakit macam bertambah dari malam sebelum nya tapi saya pergi kerja macam biasa dan buat kerja pun macam biasa … masuk tenghari tu masih sakit tapi biasa-biasa je lubch macam biasa semua pun macam biasa tapi bila masuk sebelah petang sakit tu bertambah dan memang tak boleh nak tahan sangat tapi masih sabar tunggu pukul 6 petang.

sampai rumah dengan keadaan yang sakit kena tutup semua makanan pulak sebab ada orang sembur nyamuk yang tak buat pegumuman ( ke tak dengan pengumuman ) masuk bilik baring siap berselimut sebab rasa sejuk lain macam tambah panas gitu lah …..

tak boleh tahan kena pergi klinik jugak nieh, sampai klinik doktor tengah rehat pulak setengah jam macam tu ( masa tu maghrib mungkin doktor sembahyang ) jadi tunggu lah sampai doktor ada.

buat pemeriksaan doktor syak appendix jadi terus doktor keluarkan surat pergi hospital. memandangkan company tak cover kalau masuk hospital jadi nya doktor keluarkan surat untuk pergi mana-mana hospital yang saya suka.  memandangkan waktu tu saya ada area shah alam jadi saya pilih untuk pergi hospital sungai buloh jauh pun jauh lah dari saya pergi hospital klang tu memang tak lah …

sampai hospital sungai buloh buat pemeriksaan awal dan doktor suruh buat pendaftaran untuk pemeriksaan seterusnya … selesai urusan pendaftaran kena tunggu giliran dekat 2 jam jugak lah sempat saya tidur atas kerusi yang ada …. nasib lah sebab dah tak tahan sangat dengan suhu badan kejap turun kejap naik ….

macam-macam doktor tanya masa tu … saya pun jawab lah apa yang patut .. last doktor buat ujian darah dan urin .. makkaihhh part ujian darah tu paling seram tengok jarum pun dah rasa ngeri .. halus kemain jarum nya ….

selesai semua kena tunggu keputusan ujian darah dan urin yang nih nasib tak lama lebih kurang 5 minit macam tuh.. sebenar nya risau jugak dengan keputusan ujian darah dan urin tu takut detect sakit apa-apa .. tapi syukurlah bukan sakit kronik  kalau tak sah-sah plan takaful  saya tak boleh nak buat …..

doktor cuma kata ujian darah dan urin normal dan bukan appendix .. doktor pesan kalau rasa sakit teruk cepat-cepat datang hospital jangan tunggu lama-lama …

dalam keadaan sekarang nieh memang kena peka dengan keadaan kesihatan, sekarang nieh memnag senang nak kena penyakit yang susah nak jangka. kalau demam sikit pun dah tak boleh biarkan macam tu kena cepat-cepat jumpa doktor.

 

3 thoughts on “Jangkitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.