Raya Yang Tak Berapa Nak Beraya

By | 26/07/2014

IMG_20140725_230308

 

 

tahun nih saya beraya dekat taiping rumah makcik saya kalau ada sesiapa dekat taiping tu jemputlah datang rumah… heheheheh dah macam buat rumah sendiri pulak ajak kengkawan datang rumah ….. alaaaaa makcik kita tak kisah pun orang nak datang beraya baru lah ada suasana raya …

dalam kesibukan kerja sempat jugak lah saya buat bersiapan raya ala kadar saja dengan mengikut kemampuan saya.. tiap tahun pun saya budjet-budjet untuk persiapan raya … nasib ada tabung bunian kalau tak memang tak ada baju raya lah jawab nya .. nak tunggu gaji memang lambat lagi lah …

tahun nieh saya hanya beli dress labuh 2 pasang ( satu akan di pakai masa majlis tunang sepupu saya ) satu tudung half moon yang di taja oleh kakak saya, sepasang high heel dari vincci atas tajaan jugak dan 3 pasang tudung yang saya beli dekat SincerelyByUs  jadi …

itu bab baju raya segala bagai … bab duit raya pulak !!! memandangkan saya masih kanak-kanak riang ria jadi tak perlu bagi sesiapa duit raya dan hanya menunggu orang bagi duit raya dekat saya .. hahahahahah aci tak jawapan macam tuh ….

kuih raya sempat buat beberapa jenis je itu pun dah semput  ( banyak tolong makan ) yang selebih nya main di beli dan di berikan oleh makcik-makcik saya … elehhh bebudak zaman sekarang nieh mana nak makan kuih raya datang-datang terus kata “kami nak beraya tapi kami tak nak makan nak duit raya” alahaiiii macam tu ke berhari raya bebudk zaman sekarang … sadis tak ada feel sungguh …

 

3 thoughts on “Raya Yang Tak Berapa Nak Beraya

  1. Norhayati Suaib

    sekarang budak-budak dapat RM1.
    Kalau 100 rumah dah dekat RM100
    cuma ramai yang malas nak berjalan dah.
    dok rumah senang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.