Duit Raya dari denaihati datang lagi seperti tahun-tahun sebelum nya lah kan, macam yang denaihati kata siapa yang mahukan duit raya saja akan berusaha dengan gigih.. cabaran kali nieh pun memang mencabar akal dan fikiran jugak lah bukan semua orang mampu buat yang terbaik dari yang terbaik …
#FlashBack 1
2012 saya jumpa blog denihati secara tak sengaja dan masa tu denaihati umumkan contest gadget impian ( iphone 5 ) dengan rasa tak malunya ikut serta dalam contest besar tu .. tujuan bukan nak menang pun tapi sebab fikir nak luaskan networking saya itu yang saja saya joinkan diri tanpa rasa bersalah. memang tak menang lah kan masa contest tu tapi pulangan nya pun agak berbaloi jugak sebab networking saya semakin berkembang dan berikan kesan yang sangat baik.
#Flashback 2
kalau nak ikutkan banyak sangat benda best yang berlku sepanjang saya turut serta dalam acara anjuran denaihati nieh … bukan setakat wang ringgit tapi juga ilmu dan keluasan jaringan sosial saya juga berkembang walaupun kadang-kadang tak semua benda saya dapat turut serta.
#2014
bila saya baca balik entry yang pernah di tulis oleh denaihati pada tahun-tahun sebelum nya ada beberapa entry yang menarik perhatian saya yang kadang-kadang susah saya nak lupa .. contoh nya macam aktikal yang di tulis pada tahun 2010 ” Perkataan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila”
kita yang dewasa ini pun ada masanya susah nak lupakan apa yang di katakan pada kita lebih-lebih lagi dengan menggunakan perkataan yang tidak baik ini kan pulak anak-anak kecik yang otak nya masih lagi fresh dan mudah untuk ingat apa yang di katakan …
Dalam setiap apa pun keadaan kena jaga bahasa kita lagi-lagi penggunaan kata .. jangan lah kita gunakan perkataan-perkataan yang tidak baik sebab apa yang kita kan tu sebagai doa .. mana tau apa yang kita kata kan tu termakbul .. saya sendiri pun kalau marah akan terlepas perkataan-perkataan yang tak sepatut nya tapi itu antara saya dan hati saja.
Baru-baru ini berlaku sesuatu yang agak susah saya nak hadan guna akal fikiran saya yang waras ini, secara tiba-tiba saya teringat entry yang di tulis oleh denaihati pada tahun 2012 “ayah dan ibu jambatan ke syurga tapi ramai yang lupa” . mereka bukan anak kandung pasangan tersebut tapi mereka di besar kan dengan kasih sayang sejak kecil lagi dan di berikan pendidikan yang sempurna sehingga mereka berjaya sekarang ini.
tapi keadaan berubah bila mereka meningkat dewasa dan sudah ada keluarga sendiri, ibu dan ayah yang membesarkan mereka tidak mereka ambil tahu dan bertanya khabar pun jarang sama sekali .. kesibukan urusan kerja di jadikan alasan untuk mereka tidak bertanya kan khabar.
finally bila si ayah sakit dan tidak sedarkan diri mereka tidak pulang alasan yang di berika sibuk dengan kerja .. dan bila si ayah meninggal dunia mereka masih berteka teki sama ada mahu pulang atau tidak .. akhirnya mereka pulang juga .. selepas semua urusan selesai pulang lah mereka dan tinggal lah si ibu sendirian …
kalau lihat pada arkib blog denaihati dan rajin mencari pasti akan jumpa entry yang bermanfaat untuk di jadikan panduan bukan setakat entry blogging saja tapi entry kehidupan, kembara musafir, islam dan banyak lagi entry yang boleh di jadikan panduan..
saya sendiri jadikan entry blog denaihati sebagai rujukan tidak rasmi untuk pekara-pekara yang tertentu, cuma nya jangan malas untuk mencari.
“hidupkan untuk memberi” korang yang rajin usha facebook denaihati pasti akan jumpa ada masa-masa nya beliau akan buat short contest tak kira masa.. menang itu kira bonus kalau tak menang masih berbaloi lagi sebab dapat luaskan jaringan sosial.
Contest ini di taja oleh Asamboy.My
Yup tuan denaihati memang selalu bermurah hati nak bagi hadiah..good luck nami
Nadia johari recently posted…TIGA CPUV NUFFNANG ON GOING
tau tak apa hadiah dia bukan sikit2 .. hadiah lumayn tu .. klau menang kira bonus lh
Bukan senang nak beri duit bergitu je. hehehe.
Bahrain recently posted…Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin?
tau tak apa nk menang kena lah usaha dengan gigih kan baru lah hasil nya pun berbaloi
Billion terima kasih sudi sertai kontes duit raya denaihati, semoga berjaya yer.
Denaihati recently posted…Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014
billion terima kasih tu memang tak terkira lh terima kasih nya tu nampak nya …
tak menang pun tak apa janji dapat luas kan networking .. kalau menang tu dah kira bonus tuh ..
Dah nampak, dah baca dan dah berangan tentang contest ni haha..tapi malasnya nak menulis ya ampun..all da best sis..usaha pasti membuahkan hasil insyaAllah
zara recently posted…Punca Ekzema Dan Risikonya Terhadap Kanak-kanak dan Dewasa
kalu ikut kan memang malas jugak nak menulis tapi bak kata denaihati “mereka yang mahukan sesuatu saja yang akan berusaha melakukan nya” kalau nak ikut kan malas sampai bila pun akan malas kan kan .. terima kasih ya
Ingatkan saya saya yang pertama kali jumpa blog Denaihati Di Contest Iphone yg dulu tu… saya pun ikut sertai juga. Di situlah bermulanya mendapat kenalan rakan-rakan team Denaihati dan rakan-rakan lain juga. Bila hadir diri di SBB2014 makin lebih mengenali… Semoga berjaya buat rakanku Namia.
sama lah kita nampak nya kan bermula dari situ yang langsung x kenal sesiapa pada masa tu .. blog pun biasa2 je tapi ada hati nak join contest besar .. tp dari situ ianya berbaloi kan .. terima kasih banyak … Kamil Salleh juga smoga berjaya 😀
hemm..
nak join ke tidak nih..
titan recently posted…5 Pendedahan ini akan bantu korang buat duit online dengan LEBIH BERKESAN.
En Titan sila lah joinkan diri …