Menjadi Kanak-Kanak Riang

By | 22/06/2014

IMG_20140622_151436

 

 

Kalau dah nama nya budak-budak tu tetap jugak budak-budak lah tak memang tak boleh buat apa, kalau nak bagi mesti nangis guling-guling atas lantai pasaraya tu .. aishhhhh itu baru anak orang kalau anak sendiri macam mana lah gayanya kan ..

hari ni habis kan masa dekat rumah je, tengahari macam tu bila kakyin datang terus pergi tesco cari baju raya dia .. kemain betul dia tuh beli baju raya awal-awal kang tak muat baru tu bhahahahahaha …. okey dah cari baju dia maka sesi makan-makan pun bermula .. makan laksa dekat kedai cik amah je pun lalalala ..

suruh kakyin makan dia tak nak sebab dia nak main permainan yang ada dekat tesco tu .. menatang yang gerak-gerak ada musik tu lah .. apa nama nya tah … saya kata kat kakyin kalau nak main makan dulu .. maka bersungguh-sungguh lah dia makan sebab nak main punya hal..

jadi lepas dia makan terus dia nak main, saya layan kan je lah naik kereta gerak-gerak tu … ” erkkk cam mana nak guna nieh ” jadi pergi lah saya ke kaunter dan tanya macam mana nak guna ..

Saya : mcam mana nak main tu ( sambil tunjuk minan kereta tu )

Orang Kaunter : itu kena beli kad, satu kad RM10 boleh main 4 permainan kalau nak main satu memang tak boleh

Saya : erkkk okey lah

saya pergi lah dekat adik saya dan bagi tahu dia dan dia bagi kad … saya pun guna lah kad tu untuk bermain dengan kakyin .. tapi boleh main satu permainan saja sebab baki tak cukup .. adik saya tambah lagi RM10 untuk main lagi ..

 

IMG_20140622_152037

 

 

ini dalam permainan naga nasib boleh masuk dua orang bhahahahah sakan betul orang yang ambik gambar tuh ( saya lah tu ) bukan budak kecik yang sakan .. bhahahahah okey dah habis permainan kedua saya kata dengan kakyin lepas nieh kita beli hello kitty pulak ya ( nak balik dah ) tapi dia tak mahu nak main lagi … okey layan kan je

 

IMG_20140622_151707

 

 

dah main 4 permainan macam masa untuk balik.. hohohoho masa ini lah dia nangis guling-guling atas lantai dan saya dukung dia terus jalan … fuhhh kemain bising dia nangis macam kena kidnap je gaya .. orang-orang sekeliling pandang-pandang je .. saya pandang belakang nak tengok mak saya ada belakang ke tak .. fuhh nasib mereka ada belakang kalau tak sah-sah orang akan kata saya nak kidnap kakyin ..

fuhhhh nak main permainan yang dulu nya RM1 sekarang pun dah cecah RM10 macam tu … tak berbaloi langsung .. akan datang mungkin lagi mahal .. aishhhhh itu baru sorang anak kalau ada anak ramai macam mana lah ye mahunya pengsan …

 

9 thoughts on “Menjadi Kanak-Kanak Riang

    1. Namia Cinta Post author

      kihkihkih zaman dulu-dulu memnag paling best cuba smua benda .. main dalam longkang lah .. terjun sungai lah .. main dalam hutan lah kutip biji saga lah .. memang best masa kecik2 dulu

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      bukan takat nak main sampai besok .. kalau boleh nak hangkut semua mainan balik rumah je rasa .. bhahahaha

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      saya tak bersalah saya tumpang sekaki je
      tapi macam best jugak sesekali dapat jadi kanak-kanak riang :p

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.