Kisah Peribadi Di Sosial Media

By | 06/06/2014

 

soaial media

 

 

Beberapa hari lepas terbaca status denaihati katanya ” apa limit korang berkongsi kisah peribadi di sosial media atau mungkin segalanya ”

Pada saya tak perlu berkongsi kisah peribadi di sosial media itu lebih baik buat diri sendiri, lagi pun dengan kecanggihan teknologi sekarang ini banyak jenayah siber yang mungkin boleh berlaku pada kita bila kita terlalu berkongsi kisah peribadi di sosial media. kerana itu juga saya seboleh-bolehnya had kan apa yang saya lakukan di sosial media sekarang ini.

Bila kita sendiri tidak hadkan kisah peribadi kita di sosial media dengan itu kita sendiri yang membenarkan benda-benda yang kita tak mahu berlaku pada kita berlaku akibat kelalaian kita sendiri .. bukan lah saya minta benda tak baik berlaku tapi kita sendiri tak tahu siapa yang ada dalam friend list kita maksud saya friend kita tu macam mana sikapnya lagi-lagi kita hanya berhubung melalui talian bukan realiti.

 

TEKNIK KURUS DIET ATKINS – Membakar Lemak Pantas

 

kisah ini¬†buatkan saya jadi lebih berhati-hati dalam semua benda yang saya lakukan, tak mahu kisah yang sama berulang lagi .. walaupun saya limitkan sehabis baik kisah peribadi saya tapi ianya tetap juga berlaku itu memang tak dapat saya nak elak … jadi kena lebih berhati-hati apa yang di lakukan pada masa akan datang.

 

Seharusnya kita yang mengawal sosial media bukan sosial media yang mengawal kita, kita boleh fikir dengan rasional apa yang kita lakukan dan apa akan jadi bila kita terlalu obses dengan sosial media hingga tiada batas kita berkongsi semua cerita di sosial media …

jangan sampai kita jadi hampa kepad sosil media sedangkan sebenrnya sosial media memudahkan kita berhubung dengan orang-orang di sekeliling kita tapi oleh kerana kita sendiri terlalu leka dengan apa yang kita lakukan makanya ianya menyusah kan kita.

 

korang pulak adakah korang akan hadkan kisah peribadi korang di sosial media?

 

9 thoughts on “Kisah Peribadi Di Sosial Media

  1. Izan

    betul tu..seeloknya elakkan terlalu banyak bercerita tentang kehidupan peribadi kat media.. takut ada yang memerhati.. bak kata kak propa “hati-hati, ada yang memerhati”..huu
    Izan recently posted…Cara Mudah Telan UbatMy Profile

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      saya memang tak cerita pasal peribadi di sosial media pun .. kalau tulis pun tentang kehidupan alam maya kehidupan realiti memang saya tak tulis

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      moga-moga di jauhkan pekara yang buruk sebegitu .. kadang-kadang pelik sebab masih ada yang terpedaya dengan rakan fesbuk yang baru di kenali walaupun telah banyak pendedahan yang di buat ..

      Reply
  2. Khairil Mazri

    itu yang bahana bila menggunakan laman sosial.

    kalau budak2 hot bikin status panas, fuh meletup.

    cuba kongsi ilmu agama, mau kongsi?

    huhu

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      kihkih memng tak lah kan sebab bila menulis soal agama perlu berhati2 kalau salah tulis sangat bahaya

      Reply
    1. namia

      sebab tu kita perlu berhati2 dgn apa yang kita kongsikan di sosial media jangan terlalu obses dgn sosial media hingga mengadai keselamatan sdiri

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.