Simpan Dalam-Dalam

By | 08/05/2014

bila

 

 

Mungkin saya di hantar ke tempat lain untuk jadikan saya seorang yang lebig fokus dalam melakukan tugas dan menjadi seorang yang lebih sabar dalam melayan kerenah orang-orang di sekeliling saya.

Saya ingat lagi dulu ( tak ingat tahun ) masa isu pekerja asing tu bergaduh sesama sendiri di sebabkan perbezaan agama tak saya boleh je sabar dengan kerenah mereka … ye lah kalau saya jadi mereka pun saya akan marah bila pekerja yang bukan islam masa makanan tidak halal dan rakan yang beragama islam tidak tahu apa makanan tu  (termakan) sampai pihak pengurusan terpaksa masuk campur selesaikan hal tu .. dan sampai ke hari ini apa yang di putuskan dalam perbincangan tu di guna pakai walaupun pekerja asing telah bertukar ganti.

tapi rupanya lagi stress layan bangsa sendiri yang selalu saja tunjuk pandai dan lagak macam bos-bos sedangkan keliling tahu orang macam tu sebenarnya tak ada apa-apa dan tak memberi apa-apa sumbangan.

saya jenis yang simpan dalam-dalam sesuatu pekara kalau terasa hati saya akan simpan dalam hati saja dan seboleh-bolehnya saya tak akan lepas kan marah saya walaupun saya geram sangat.

siang tadi waktu lunch ada sorang makcik datang nk rehat sekali dengan kita orang, tak pasti sama ada dia bergurau atau maksudkan nya .. dekat tempat kita orang duduk tu memang ada satu lagi ruang cuma kerusi je yang tak ada jadi saya suruh lah dia pergi ambik kerusi dia bawak kat tempat kita orang santai ( dalam ofis jugak ) tapi boleh dia suruh saya bangun sebab dia nak duduk dekat situ … then saya kata lah kat dia kenapa saya nak kena bangun sedangkan itu memang tempat saya ( memang tempat saya buat kerja )

 

Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

 

tiba-tiba makcik tu marah dan kata saya sekarang nie saya cakap main lepas tak fikir apa orang lain rasa … saya gelak dan saya kata balik dekat dia “tahu pulak terasa dengan kata-kata orang lain, lain kali kalau tak mahu terasa hati jangan buat dekat orang lain pekara yang sama”

saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia kata macam tu dan apa salah saya pada dia hari ini, atau mungkin dia dah lama geram dan tunggu masa nak bash saya .. mungkin tapi rasanya tak ada sebab dia nak bash saya .. saya jenis yang tak akan sakitkan hati orang kalau orang tak sakitkan hati saya dengan apa cara pun. kalau saya tak suka pun saya akan diam simpan dalam hati je …

makcik tu kalau cerita memang akan nampak membangga diri semua benda nak nampak dia hebat segala bagai lah tak akan ada yang akan kurang kalau dengar dia cerita walaupun hakikatnya apa yang dia cerita tu berlawanan .. dia lupa pada siapa dia mereka semua cerita bagi nampak dia hebat … tapi saya still simpan dalam-dalam kenyataan kehidupan dia yang sebenar.

mungkin dia bengang dengan saya sebab 2 minggu partner saya cuti kahwin dia yang ambik alih kerja partner saya tu dan dalam masa yang sama saya perhati je cara dia kerja … memang sepajang saya kerja dengan dia berapa juta kali saya mengeluh pun saya tak tahu .. sampai saya naik rimas kerja dengan dia yang macam-macam … sampai saya merungut dengan dua lagi partner saya … mereka kata makcik tu memang macam tu sabar je lah …

rupanya bila saya di hantar ke tempat lain saya jadi seorang yang tak boleh nak sabar dalam sesetengah pekara dan akan jadikan saya seorang yang cepat marah .. bila itu yang berlaku mula lah saya akan stress secara mendadak .. macam petang tadi sementara nak tungguh ayah saya datang ambik berapa juta kali saya mengeluh pun saya tak tahu tambah lagi dengan tekanan yang mendadak naik …

kenapa saya kena berhadapan dengan orang-orang yang macam tu … kenapa mesti saya …..

 

3 thoughts on “Simpan Dalam-Dalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.