Pelangi Ketika Sedih

By | 19/05/2014

pelangi

 

Lama sangat tak nampak pelangi lepas hujan 🙁   balik kerja tadi hujan tak berapa nak lebat dalam perjalanan nak sampai rumah nampak pelangi … sepanjang jalan tengok je pelangi tu …

walaupun hari ini nampak pelangi tapi hari ini adalah hari yang sedih pada saya, ye sangat sedih sebab semua berlaku terlalu pantas dan tidak ada tanda semua tu akan berlaku..

Waktu lunch uncle chew sampai ofis lepas ambik barang dekat tempat customer selalunya dia pergi naik van je tapi hari ini dia pergi naik lori 1 tan .. mungkin itu menjadi penyebab saja agaknya …. sampai ofis macam biasa dia bagi dokument dekat member depan tu untuk masuk kan barang-barang tu dalam system .. saya nampak muka uncle chew pucat dan penat tapi saya tak tegur pun uncle chew sebab terlalu banyak kerja.

saya teruskan kerja yang banyak dalam 5 minit tu saya dengar kecoh-kecoh dekat depan, saya pergi dekat pintu tanya kenapa oficemate saya kata yang uncle chew pengsan dalam lori … saya keluar temgok dari jarak dekat .. okey mereka tengah angkat uncle chew masuk dalam kereta untuk di bawa ke hospital …

dapat pekhabaran dari oficemate yang uncle chew dah meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital, terdiam tak kata apa …. tahan sedih dan terflash back balik apa yang berlaku terlalu singkat sebelum uncle chew pengsan dalam lori …. okey selalu saya akan tegur uncle chew walaupun saya sebenarnya malas nak borak-borak dengan dia tapi hari ini saya hanya pandang saja dia tanpa bertegur …

walaupun uncle chew di kata kan kedekut tapi sebenarnya dia sangat baik … bukan dia kedekut tapi di sebabkan dia kena berjimat cermat sebab wife dia kuat main mahjung dan terpaksa sara cucu dia itu buatkan dia terpaksa berjimat cermat..

mungkin itu satu-satunya cara untuk uncle chew berehat dengan tenang, dari dulu sampai sekarang yang buat dia gembira hanya kerja dan berada di pejabat …… semoga uncle chew bersemadi dengan aman ….

 

p/s : kadang-kadang orang yang mengada-ngada tu tak semestinya dia mengada-ngada mungkin dia nak bermanja..

 

One thought on “Pelangi Ketika Sedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.