Apa Rasanya Sendirian

By | 09/05/2014

loveme

 

 

 

Beberapa hari ini mood saya agak meragam bagai dengan macam-macam pekara yang berlaku di sekeliling saya, dengan pesekitaran yang mampu menjana perasaan tekanan melampau dan mereka-mereka yang suka sangat mengipas buatkan saya ada masanya tak boleh nak sabar.

perlu ke bercakap dengan nada yang kuat hingga menganggu pendengaran orang di sekeliling dan apa motif nak cakap kuat-kuat bagaikan mahu bagi tahu sesuatu..

sometime kita boleh agak macam mana seseorang itu dengan cara layanan mereka pada kawan-kawan, kalau dengan kawan-kawan pun bersikap kasar apatah lagi dengan keluarga sendiri … dulu-dulu saya selalu kena marah dengan nenek saya sebab tak reti nak cakap elok-elok dengan kawan-kawan tapi itu dulu lah masa saya kecik-kecik sekarang ni ok sudah

kisahnya ada sorang makcik ni dari cara dia cerita semua nampak hebat dan bagus tentang kehidupan dia baik anak-anak dia, baik menantu dia dan baik suami dia semuanya nampak sempurna tapi hakikatnya dia saja yang tahu apa kehidupan yang dia lalui ketika ini …

2 tahun lepas anak perempuan makcik tu kahwin, lepas kahwin anak dia tinggal dengan makcik tu.. baru-baru kahwin mestilah baik-baik saja semua … tapi bila nak perempuan dia pregnant selalu je merek suami isteri keluar malam dan balik lewat .. jadi makcik ni marah lah anak-anak dia tu ( tak tahu gaya mana dia marah ) tapi kalau cara dia layan kawan-kawan dia boleh tahu macam mana dia marah anak dan menantu dia tu …

jadi lama kelamaan bila anak dia tu dah tak tahan anak dia pindah rumah mak mentua dia dekat KL sampai lah anak dia tu bersalin … sejak anak dia keluar dari rumah tu memang anak dia tak balik-balik dah kalau balik pun mungkin masa makcik tu tak ada dekat rumah.

nak di jadikan cerita paip dekat rumh mkcik tu bocor jadi makcik ni call anak dia mintak buka pintu bilik sebab tapi tiap kali makcik tu call mesti call tak akan berjawab dan di matikan .. jadi terpaksa lah makcik tu pecahkan pintu bilik.. masa tu lah makcik tu tahu selama ni bilik tu dah lama kosong .. barang-barang anak dia semua dah tak ada. mungkin anak dia datang ambik masa makcik tu tak ada dekat rumah …

sometime kita orang kesian dekat makcik tu kalau kita orang bawak apa-apa mesti pelawa makcik tu tapi makcik tu kadang-kadang belagak tak bertempat hingga kita orang malas nak pelawa bagai dekat makcik tu …

kalau cara dia layan keluar dia macam tu apatah lagi dengan kawan-kawan … kalau nak cerita memang sampai esok tak akan habis …

mungkin sebab kehidupan makcik tu macam tu jadi dia nak jugak orang nampak kehidupan dia sempurna kalau adik makcik tu sendiri tak suka makcik tu apatah lagi orang lain .. saya rasa saya ni dah cukup baik tak bash makcik tu habis-habisan walaupun saya tak suka dn menyampah sangat dengan makcik tuh …

 

p/s : kita hidup kan bumi ni bukan sorang diri jadi fikir sama perasaan orang lain okey

 

One thought on “Apa Rasanya Sendirian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.