NU Sentral Kuala Lumpur

By | 06/04/2014

315mkfi

Fikir kejap sudah berapa lama saya tidak pergi KL Sentral ini, sungguh saya tak ingat bila kali terakhir saya ke sana.  semalaman berada di luar kawasan dan siang tadi saya naik KTM dari KL sentral .. pusing-pusing saya terjumpa laluan baru … laluan ke aras atas .. macam dalam gambar atas tu tapi masa saya ke sana laluan tu suda di buka untuk orang awam …

jadi saya paksa “orang” tu pergi ke aras atas sebab nak tahu apa ada di situ … okey jadi saya pun pergi lah ke aras atas.. sampai aras atas saya nampak ada beberapa kedai dan ada satu laluan di situ jadi saya terus kan erkalanan saya hingga hujung laluan tu.

IMG_20140406_142120

ini lah yang saya jumpa di hujung jalan tersebut sebuah shopping mall yang tak pernah saya tahu dan baru saya tahu hari ini … saya pandang sekeliling “woww” design dia lagi “gempak” dari One city …

IMG_20140406_143852

gambar dari aras bawah ke atas ini memang nampak sangat “wow” hanya di sebabkan seni binaan bangunan tersebut.. kalau ikut kan shopping mall baru ini sangat luas, ye memang sangat luas .. boleh main lari-lari gitu tapi agak “ngeri” kalau pandang bawah dari aras ketinggian .

IMG_20140406_142649

nampak tak benda dekat laluan tengah itu, itu adalah bangku untuk duduk okey saya suka bangku itu memang rasa nak angkat bawak balik rumah letak dekat ruang tamu atau luar rumah .. kihkihkih …

korang tak payah susah payah redah kesesakan lalu lintas untuk sampai ke shopping mall ini, korang naik je KTM atau LRT  berenti dekat KL Sentral then pergi ke aras atas ( berdekatan pintu keluar yang ada kios mcd ) atau Monoral ( berhenti di station monorail KL Sentral ) sebenarnya kalau korang nak keluar jalanan kaki ke shopping mall baru tuh pun boleh keluar ikut pintu kios mcd tu then lintas jalan dan sampai jugak .. cuma kalau korang ikut laluan KL Sentral tu terus ke aras atas shopping mall tu. 

kalau korang bijak sikit sebenarnya laluan shopping mall tu jugak memudahkan korang pergi ke monorail KL Sentral tu, kalau dulu korang kena turun bawah then jalan pusing satu bangunan jauh bagai kan tapi kalau ikut dalam shopping mall tu lagi dekat.

kadar parking di shopping mall adalah RM 4 untuk jam pertama dan jam berikutnya jugak adalah RM 4 ( macam mahal ) tapi terpulang lah kan pandai-pandailah korang cari parking yang berpatutan.

gggggg

Antara kemudahan yang tersedia di shopping mall tersebut, rasanya ianya memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan .. cuma saya tak jumpa lif je mungkin ada di laluan tengah yang saya tak pergi ..

sebenarnya masa berada di sana saya terasa gayat bila melihat ke bawah ye lah kan penghadang hanya kaca yang boleh lihat terus ke bawah dan terasa macam terlalu tinggi pula bila berada di situ..

hhhjbn

Alamat :

No. 201, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

7 thoughts on “NU Sentral Kuala Lumpur

    1. Namia Cinta Post author

      tak jauh boleh ikut laluan dalam KL Sentral terus ke shopping mall tu 🙂 tak payah kena panas bagai hiks

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      sama lah kita lama tak ke sana banyak benda baru … sebenarnya shopping mall tu berhadapan KL sentral tapi boleh masuk dri dalam bangunan KL sentral ada laluan nya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.