Kualiti Yang Sangat Teruk

By | 07/04/2014

DSC_1344

 

 

Bulan lepas kawan pejabat saya jual shawl panjang dan lebar,  dia bagi tengok mana yang saya berkenan … oleh di sebabkan saya di kelilingi rakan-rakan yang menjual tudung yang cantik + murah jadi saya  jadi agak cerewet sikit bila memilih tudung …

Kawan saya kata kalau beli 1 helai harga RM25 kalau beli 3 helai RM50 ( dalam hati : mahal sangat ). ramai kawan-kawan pejabat kata mahal dan kalau beli di luar boleh dapat RM10 saja dengan design yang sama.

selepas beberapa hari saya dengan beberapa orang rakan sepakat untuk membeli hanya satu saja tudung yang di jual walaupun terpaksa. ye lah kalau tak beli di katakan tak support kawan-kawan bila beli sendiri sakit hati …

dekat sebulan baru saya bukak plastik tudung tu dan pagi tadi iron tudung tu ingat nak bukak tapi tak jadi sebab susah nak gayakan … saya belek tudung tuh dan pagi-pagi memang dah rasa marah … sudah lah kualiti rain murah tambah dengan jahitan yang tak kemas dan harga mahal ( pergi mekah balik hari apa ).

sampai ofis sambung bebel lagi dengan kawan …. last nya saya kata “buat alas meja je lah jawab nya” serius sakit hati sangat.. kalau ye pun nak untung agak-agak lah sikit ini semua barang yang dia jual mahal gila …

baru-baru nieh kawan yang sama jual kuih kapit pinnate dan kuih kapit cokelat harga satu bekas sederhana tu RM20, kawan saya beli kapit pinnate tu sedap jugak tapi kan pinnate nye hanya di bahagian tepi-tepi je sebelah dalam rasa biasa ( pergi mekah balik hari )

terus tak jadi nak beli walaupun sedap gila, tak baik menyumpah makanan yang di beli lagi baik tak payah beli terus dan tak berdosa … gitu lah “orang-orang” kita nieh kalau meniaga hanya fikir keuntungan..

cuba pergi kedai mamak walaupun air mahal tapi rasanya sangat sedap kan sebab mamak tak kedekut jadi nak bayar pun puas hati .. kalau makan dekat restorn cina pun sama walaupun makanan nya mahal tapi kualiti makanan tu buat kita rasa puas hati jadi tak sakit hati.. tapi pergi kedai melayu ????? ( tak semua tapi kebanyak kan ) fikir dan nilai lah sendiri.

saya bukan bekira tapi setiap sen yang saya keluarkan perlulah berbaloi dan bukan nya mahu di bazir kan .. mungkin orang nampak saya beli apa je apa yang saya mahu tapi orang tak tahu benda yang saya beli tu kadang-kadang saya dapat FOC dan ada yang saya beli dengan harga yang murah ….

please lah jangan ambik kesempatan macam ini dan buat saya hilang rasa percaya walupun kawan sendiri … memang saya dah “pangkah” untuk beli apa-apa dari kawan tu .. memang saya tahu orang meniaga nak untung tapi kalau hanya untungkan sebelah pihak dah macam mana …

16 thoughts on “Kualiti Yang Sangat Teruk

  1. diana

    Sepatut nya kalau dengan kawan2 boleh la dapat harga murah..heheh..tapi tu la..,nak berniaga buat la betul2.kalau kita sendiri pun tak pakai benda tu sebab tak de kualiti patut ke kita jual benda tu kat orang..kan?/
    diana recently posted…INI BUKAN CARA YANG BETUL UNTUK BERNIAGAMy Profile

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      mungkin sebab kawan-kawan2 lh benda2 macam tu di ambil mudah tak tak berapa kisah 🙁

      Reply
  2. Myra Jay

    Sabar ye dik..
    tu kadang orang yang hanya pentingkan untung boleh ‘membunuh’ peniaga lain yang ikhlas..
    Myra Jay recently posted…Sentap!!My Profile

    Reply
    1. Namia Cinta Post author

      memang selalu macam tu sis, kalau tak beli di katakan tak support kawan-kawan tapi barang yang di jual hanya mahukan keuntungan sedangkan kualiti tiada

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      kena kreatif dari buang dan tak guna .. tak kan nk bagi dekat orang sedangkan kita sendiri tak suka dengan barang yang kualiti tak ada

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      kalau dia jual lagi mahal tak ada sapa nak beli lah lepas tu, kalau cantik dan berkualiti tak lah buat alas meja .. heheheheheh

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      tak pasti lah ada yang terena atau x kalau yang terkena tu mungkin tak reti kira-kira .. saya beli satu je lh .. kawan tu masih x sedar sebab semua barang yang dia jual mahal bagai sedangkan pasaran luar blh dapat lagi murah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.