Hanya Masalah Dalaman

By | 01/04/2014

team-work

Hari ini semasa di pejabat ada majlis perpisahan kecil-kecilan untuk rakan pejabat saya yang akan berhenti kerja.. saya cuma tahu pagi-pagi bila ex-bos department lama saya panggil saya dan ajak saya sertai majlis itu .. okey lah kan dah di ajak saya laju je lah …

sempat saya borak-borak dengan rakan saya yang akan berhijrah ke tempat baru ( kata kawan saya tu ) dan sempat saya tanya kenapa tiba-tiba saja sedangkan dia agak baru di situ … walaupun cerita dia pada saya agak bertapis tapi saya dapat baca apa yang dia fikirkan.

mungkin dia fikir yang bercerita dengan saya sama juga macam campak dia dalam kawah yang sangat panas, hubungan baik saya dengan bos dia buat kan dia lebih berhati-hati dengan saya …

Kawan : i tak hebat macam u, i tak boleh buat macam mana u buat..

Saya : kalau i hebat tak kan lah i di campak ke tempat yang i tak suka

Kawan : tapi u still boleh buat kan kalau u di campak kat mana-mana tempat

bla bla bla bla bla

ohhh itu pandagan dia terhadap saya rupanya selama beberapa bulan saya berkerja bersama dia sebelum saya di tukarkan ke jabatan lain …. sebenarnya saya tak rasa pun yang saya hebat dan saya tak rasa pun apa yang saya belajar selama beberapa tahun ini harus di banggakan…

Saya : akak tak sedih ke dia nak pergi

Ex-Bos : buat apa nak sedih i memang nak dia pergi

Saya : ayat kejam tu ( sambil gelak )

Ex-Bos : kesian dia lagi pun dia tak boleh nak buat kerja

Saya :  serius ??? i tengok ok je dia buat kerja

Ex-Bos : memang lah u nampak ok .. i yang betulkan salah yang dia buat lagi pun i tak kecoh-kecoh

Saya : bla bla bla bla ( internal story )

Ex-Bos : dia bukan macam u, dia kalau boleh semua nak orang bagi, kalau dah buat salah lepas tu mengaku tak apa ini tak dia lagi nak jawab balik.

Saya : kalau tak cakap pun saya tahu ….

itu kisah yang belaku di sekeliling saya, mereka datang dan pergi dengan pelbagai sebab tersendiri, biasanya mereka akan pergi di sebabkan orang-orang di sekeliling bukan di sebabkan bebanan kerja … sambil sudahkan kerja saya fikir balik walaupun saya di campak ke jabatan lain tapi mereka tetap perlukan bantuan saya …

sebenarnya mana-mana pun kita kerja kalau tak boleh terima arahan yang di berikan memnag sangat susah nak berkerja dalam kumpulan.  selagi kita rasa yang kita boleh lakukan semuanya sendirian selagi tuh lah kita akan berada di tempat yang sama sampai bila-bila ..

4 thoughts on “Hanya Masalah Dalaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.