Jangan Cipta Aura Negatif

By | 20/03/2014

ruang kerja

Kadang-kadang saya terfikir macam mana mereka ini boleh teruskan kerja dalam suasana “panas” sedangkan suasana “panas” tu tak seharusnya berlaku ….

Hari ini aura negatif dalam diri saya bertambah lagi bila pagi-pagi ada kawan pejabat dan marah-marah menggunakan bahasa kesat … ┬áhari ini berapa juta kali saya mengeluh dengan suasana “panas” ini saya pun tak tahu kalau ada pilihan lama sudah saya cari kerja lain ┬átapi memandangkan sekarang ini susah sangat nak dapat kerja terpaksa lah saya bersabar …

Bila masing-masing nak tunjuk bagus dan tak buat salah maka tercetus lah letakan yang tak sepatutnya tercetus, orang-orang sekeliling yang menjadi mangsa penderaan pendengaran …

pada saya tak kisah lah orang tu macam mana sikap nya, tak kan nak di balas dengan sikap yang sama nampak sangat sendiri pun perangai sama macam tu.

saya bukan nak kata saya bagus tapi tolong lah masuk pejabat pagi-pagi jangan maki hamun orang baik kawan pejabat atau client.. ingat lah sikit itu tempat cari rezeki jadi kenapa perlu bersikap begitu .. kalau dah rasa kerja tu sebagai beban berhenti saja kerja dan bagi peluang pada mereka yang perlukan kerja itu.

5 thoughts on “Jangan Cipta Aura Negatif

    1. Namia Cinta Post author

      memang tensen sangat dapat kawan macam tu … jadi mood sepanjang hari tak berapa baik pulak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.