Masa Yang Sudah Berlalu

By | 24/02/2014

cofee love

Beberapa hari ini terasa sangat penat, tak tahu apa yang di penatkan nya pun tak tahu lah tapi sejak beberapa hari ini keletihan itu sanagt-sangat terlampau dan buatkan saya tidur terlalu awal adakalanya.

Stranger

walaupun mereka ini berada dalam senarai “rakan” tapi tetap jugak aku gelarkan mereka ini stranger .. kenapa aku gelarkan mereka ini strager? aku gelarkan begitu bila mana perkenalan yang terlalu singkat dan hanya berhubung melalui talian dan bukan nya face to face .. pada aku tak payah nak baik sangat dengan stranger sebab mereka ini belum tentu akan simpan semua cerita kita seperti mana kita menyimpan cerita mereka …

last week saya menulis sesuatu pada mereka dan jawapan nya buatkan saya terasa hati sangat dengan kata-kata mereka.  jadi saya putuskan untuk mendiamkan diri saja dan cuba jauh dari mereka.. ya itu yang terbaik biarlah mereka dengan cara dan kehidupan mereka.

Semut

woiii dengan semut pun nak gaduh ke .. gila tak gaduh dengan semut bila semut-semut tu jadikan tilam aku sebagai taman permainan mereka, buka setakat seko dua tapi sekampung ¬†banyak nya semut-semut tu bermain-main atas tilam empuk aku .. okey itu bikin aku marah …. bila aku gunakan penyembur serangga tak jalan jugak dan semut-semut tu kembli jadikan tilam aku taman permainan dia .. akhir nya selepas aku spry menggunakan semburan serai akhirnya semut-semut tu bertempiaran lari menyelamatkan diri … heheheheh jahat tak saya …

Rindu

part ini yang paling saya tak suka dan sangat tak suka, bila sibuk babas yang amat masa jadi terhad bagai dan susah nak spend time together bagai … nasib lah sendiri pilih hidup macam ini apa nak buat .. paling tak pun perbualan menerusi whatapss tapi mana nak sama kan … tak apa kita kumpul rindu tu banyak-banyak jumpa nanti baru lah best boleh buat macam-macam benda sama-sama … hiks hiks hiks

Nescafe

Ehhh mcm dah lama tak minum nescafe bersama terindu pulak saat-saat menikmati nescafe bersama sambil berbual tentang banyak benda … adoiii missed lot my moment with someone … hoiii ayat jiwang kemain .. tapi betulah saya sangat rindukan masa-masa yang sudah berlalu …

kalau boleh undurkan masa saya nak balik semula pada satu masa sebelum ……. okey past is past biarlah sebahagian daripada semua cerita jadi milik saya sorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.