Apa Yang Di Harapkan

By | 28/02/2014

harapan

*back at the story of the last few years*

pekenalan dengan seseorang melalui seorang kawan yang mungkin tersalah meninggalkan nombor telefon di meja pejabat.. saya mengambil masa yang lama untuk menghantar satu pesanan kepada pemilik nombor telefon tersebut.  akhirnya setelah di paksa baru lah saya menghantar pesanan kepada pemilik nombor telefon tersebut.. perbualan hany melalui phone saja masa tu tak terfikir untuk bertemu ..

malam tahun baru ( tak ingat tahun ) saya membuat keputusan untuk bertemu dengan pemilik nombor tersebut .. masa tu saya tak harapkan apa-apa expectation untuk bertemua itu.. bagaimana keadaan pemilik nombor itu tidak penting pada saya masa itu, dan saya sedia terima bagaimana pun dia seadanya.

jadi kerana tiadanya expectation masa itu maka perhubungan itu berjalan dengan baik dan tiada benda yang di gaduhkan dia sama macam saya tak suka sangat tempat penuh sesak dengan orang, tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka…

*today’s story is full of expectation*

mungkin betul lah kata kawan-kawan saya bila terlalu banyak expectation yang kita harapkan kita akan kecewa bila semua itu tidak seperti yang kita harapkan. lagi banyak expectation yang kita harapkan lagi banyak rasa kecewa yang akan kita rasa.

senang nak bagi faham apa yang saya katakan … ramai orang ( termasuk saya sendiri jugak ) selalu harapkan orang tersayang akan buat benda-benda yang sweet ( sweet moment) tapi bila porang tersayang kita lakukan di sebalik nya kita akan rasa kecewa gila dan sedih sebab apa yang kita harapkan bukan macam yang kita mahukan.

bila terlalu banyak expectation yang tidak seperti yang kita harapkan sebab itu lah benda-benda kecik dan yang tak sepatutnya di perbesarkan menjadi bahan pergaduhan sedangkan benda-benda tu tak payah ujud pun.

saya jenis yang tak ambik kisah sangat benda-benda kecik ini setakat orang kesayangan saya pergi melepak dengan kawan-kawan dia .. atau benda-benda kecik memang saya tolak tepi janji saya tahu apa yang di lakukan itu dah memadai …. sebab itu salah satu cara untuk saya elak kan pergaduhan atau buatkan saya rasa ntah apa-apa ..

jadi pada korang yang ada high expectation tu adalah lebih baik korang kurang kan sebelum korang kecewa bila apa yang korang harapkan tak kesampaian

5 thoughts on “Apa Yang Di Harapkan

    1. Namia Cinta Post author

      lelaki pun ada jugak yang macam itu sama saja dengan perempuan
      tapi saya tak macam itu pun .. 🙂

      Reply
    1. Namia Cinta Post author

      t’pengaruh dengan drama dan novel yang lempau sbb tu jadi macam tu tapi hakikat nya menyakitkan …

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.