Pesta Ponggal

By | 17/01/2014

IMG_20140116_180605

Semalam dekat pejabat diorang buat pesta “ponggal”  siapa tak tahu apa itu “ponggal” sini saya nak bagi tahu sikit lah sebab saya pun bukan tahu sangat pasal adat agama lain .. ini pun saya belajar sikit-sikit dari kawan-kawan dekat pejabat.

“ponggal” merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan di tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil. Ponggal dirayakan serentak dengan perayaan Makara Sankranthi yang disambut diseluruh India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti “melimpah-ruah.” Minyak melimpah dalambelanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Perayaan pongl di sambut pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

IMG_20140116_184411

Susu di masak dalam bekas ( macam gambar atas tu – maaf lupa namanya ) sehingga susu yang di masak itu melimpah. untuk pengetahuan korang bila melimpahnya susu yang di masak itu bermakna kehidupan seseorang akan menjadi lagi baik dari semua sudut..  biasanya mereka akan masak di hadapan pintu rumah tapi tak sure sebab apa dan kenapa lupa nak tanya pulak..

selepas susu melimpah boleh lah masuk kan beras, minyak sapi, garam kasar atau korang boleh letak gula merah .. dan biarkan sehingga susu kering dan boleh lah makan ….

IMG_20140116_182143

malaysia ni kaya dengan budaya dan adat tak kiralah agama apa pun .. sebenarnya kalau kita sertai mana-mana pesta sesuatu agama selagi niat kita hanya mengetahui dan hanya mahu bergembira ianya tak salah dan tidak terjejes pun agama kita …..

di ejabat saya macam-macam agama ada, jadi banyak acara yang di lakukan dari situ saya dapat belajar sesuatu yang baru yang selama ini saya sendiri tidak tahu .. jadi bila dah tahu akan jadi lagi seronok untuk sertai mereka..

4 thoughts on “Pesta Ponggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.