Tetap Nampak Orang Yang Gagal

By | 09/11/2013

Penting ke kelulusan pada masa sekarang nie?
mungkin pada sesetengah umat manusia kelulusan sangat penting dan kalau nak kerja pun bakal majikan tetap akan lihat tinggi mana kelulusan seseorang bakal pekerja mereka.

Saya bukan nak kata pada mereka yang baru lepas dapat ijazah atau seangkatan dengan nya tapi saya nak cakap tentang mereka-mereka yang tiada kelulusan tinggi tapi mempunyai jawatan yang agak stabil dalam sesebuah syarikat.

Bukan nak bangga dengan diploma animasi visual yang saya ambik beberapa tahun lepas, kerja dalam bidang animasi selama 6 bulan kemudian berhenti dari bidang tersebut dan kerja dalam sektor logistik selama beberapa tahun sehingga hari ini. tapi masa saya di terima berkerja di sektor logistik saya hanya menggunakan kelayakan spm sahaja … 

Bertahun saya bertungkus lumus belajar benda baru, benda yang memang langsung tak ada dalam senarai saya. tapi mungkin itu rezeki saya yang sudah pun tertulis.. 


kedudukan makin stabil dan mampu berkerja tanpa pengawasan tapi ada satu benda yang buat saya terasa sangat-sangat bila berada dia antara ramai orang …..

“pandai macam mana pun tapi kalau kelulusan tak ada memang tetap akan di pandang seseorang yang tiada apa-apa walaupun boleh buat kerja” 

itu terus buat saya jadi down dan terasa apa yang saya belajar selama bertahun hanya sia-sia dan langsung tak beri apa-apa makna pada perjalanan kerjaya saya.. hingga ada masanya saya rasa untuk apa saya jadi orang yang serba tahun tapi hakikanya saya tak mampu berikan apa-apa pandangan dan pendapat.

Sejujurnya saya kata ada saja mereka yang berkelulusan tinggi langsung tak tahu macam mana nak selesaikan sesuatu masalah walaupun maalah itu sangat mudah. dan ada jugak mereka yang berkelulusan tinggi langsung tak reti nak buat kerja.

sangat penat layan kerena mereka yang hanya pandang pada kelulusan semata-mata.. mungkin pada mereka kelulusan yang tinggi mencerminkan kehidupan seseorang …


Nota : apa ada pada kelulusan cuba korang kongsikan 


send via samsung mobile 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.