Serabut Dengan Orang Yang Kelam Kabut

By | 29/10/2013

Alhamdulillah ……..
menerima perkhabran gembira dari seorang kawan yang “bakal” dapat baby in syaa allah tahun depan … semoga semuanya di permudahkan …..

itu berita gembira yang di terima dua hari lepas kalau tak salah saya.. heheheheh saya tumpang gembira dengan berita itu… 

Siang tadi saya terdengar perbualan rakan-rakan pejabat saya yang mengatakan mereka di tipu dengan pihak tertentu selepas membuat transaksi melalui kad kredit mereka …. saya yang hanya mendengar tanpa memandang sambil menyudahkan kerja hari ini hanya dengar apa yang mereka katakan …. simpati pun ada jugak tapi apakan daya mereka sendiri yang cuai dan tak alert dengan isu semasa sedangkan mereka tahu tentang pekara itu …

itu kisah penipuan yang berlaku di mana saya sendiri ada menulis tentang isu itu di entry yang lepas ….. tapi sometime mungkin mereka terpengaruh dengan apa yang di tawarkan oleh pihak tersebut hingga buatkan mereka leka hingga tertipu..

kadang-kadang saya terfikir kenapa ada orang yang suka buat kerja dalam keadaan kelam kabut sedangkan kerja tu tak lah serabut mana…. dan saya terfikir adakah cara orang macam tu hanya di pejabat atau sama ketika di rumah …. 

kadang-kadang saya terasa rimas kerja dengan orang yang macam tu, terasa kemarahan saya tak boleh nak di kawal bila berkerja dengan orang yang macam tu … sedangkan kerja tu saya buat dalam keadaan santai dan boleh siap dalam masa yang di tetapkan. 

kadang-kadang bila dah tak boleh nak terima keadaan macam tu secara tak sengaja saya tergunakan cara yang agak kasar, ada satu sikap saya yang memang tak boleh nak elak kalau saya betul-betul tak suka.. saya mesti akan “buat muka” kalau betul-betul tak suka. dah tu tak kan saya nak guna kan kata-kata yang agak kurang ajar kan nanti apa pulak orang kata.


Nota : jangan lah kelam kabut sangat boleh kusut fikiran 


send via samsung mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.