Salah Faham Yang Berterusan

By | 20/10/2013

Fuhhh ….
Rasanya dalam masa sebulan ni saya cuba hadam semua keadaan yang sedang berlaku di sekeliling saya, bukan kehidupan maya saya tapi kehidupan di alam realiti. banyak benda yang berlaku sampai terasa semangat saya down terus..

Pada saya lebih baik system down dari communication error, kalau system down bila pulih balik tak akan ada kesan sampingan sangat kalau nak di bandingkan kalau communication error.

Masa minggu lepas, saya lebih banyak buat kerja luar di sekitar warehouse jadi memang tak lah nak tunjuk muka dekat pejabat. terjadi satu kes yang simple je dan rasanya tak perlu nak gaduh bagai…. sebab benda-benda macam tu saya dah biasa sangat.

jadi kawan pejabat saya yang baru ni call saya, hujung pangkal tak ada terus marah-marah … saya yang memang tak suka keadaan macam tu terus letak phone dan terus pergi pejabat. 

saya yang jenis kalau orang marah akan diam malas nak balas buat pekak sebab tak nak keadaan lagi panas. bila dah okey sikit baru saya kata kat kawan saya tu.

“kalau lebih percaya kan apa orang kata dari team sendiri ini bukan teamwork namanya, lebih baik tak payah tanya saya kalau apa yang saya kata semuanya di katakan alasan bla bla bla..”

” alasan awak lah kalau awak buat kerja tak lah jadi macam nie” 

saya yang memang baran tapi bertempat masih boleh sabar dan kawal marah saya dan masih fikir itu pejabat … 

“ada bukti ke saya tak buat kerja, orang nak lepas diri apa pun sanggup kata tahu”

Saya cuba lagi sabar dengan kawan saya yang sorang nie, sebab saya tak nak gaduh pagi-pagi buta …

“awak memang teruk buat orang lain susah”

bila kawan saya kata macam tu memang saya dah tak boleh nak sabar lagi, terus saya paling fail yang dia bagi tu atas meja dia, nasib lah kena dia ke kena pc dia ke sikit saya tak kisah .. lepas tu saya keluar …..

next day jadi kes lain pulak pagi-pagi buta ada staff datang bising-bising name card dia tak siap-siap .. saya yang ada dekat situ dah tak terkata apa-apa tapi cuba sabar sebab orang tua.. 

saya cuma kata “saya akan check” dia punya bising sampai satu ofis dengar.. demmmm saya dah stuck kat situ dan saya dah agk pasti saya akan kena hentam lagi kali nie walaupun bukan salah saya.

“macam mana awak buat kerja nie”

saya diam sebab tak ada jawapan nak bagi, sebab bukan saya yang handle buat benda tu.

“bukan saya yang buat benda tu, orang sebelum ni yang handle”

saya dah buat muka bersedia nak kena hentam..

“awak boleh tak jangan nak salah orang lain sedangkan orang tu dah tak kerja kat sini lagi, sekurang-kurangnya awak tahu sikit-sikit apa jadi”

gila geram tahu masa tu, banyak pulak masa saya nak kena tahu semua benda yang orang lain buat.

“tadi masa dia bising-bising tak nak pulak awak kata bukan awak yang handle kerja tu sekarang baru nak kata”

dalam hati saya gelak dan saya senyum sinis pada dia.. dalam hati kata macam ni ke cara orang bepelajaran handle kes kecik macam nieh.

“dah pergi hantar layout dekat supplier mintak artwort hari nie jugak”

dengan muka tak puas hati saya buat jugak lah apa yang dia suruh, lepas tu kawan pejabat saya tu suruh budak satu lagi follow up.. 

esoknya name card sampai tapi ada kesilapan dan dia salah kan saya sebab dia kata kenapa saya tak bagi tahu yang saya dah buat jadi tak payah dia suruh budak depan dia buat..

memang saya tak kata banyak lah saya baling terus name card atas meja dia dan terus keluar ….

serius menyampah orang macam tu rasa nak sepak-sepak je … 


send via samsung mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.