Peka Sikit Dengan Keadaan

By | 05/10/2013

Dengar khabarnya hari ini berlangsung satu event anjuran Nuffnang dekat blue entrance sunyaw piramid jam 3 petang macam tu lah .. blogger di jemput hadir untuk event tu ..

Rasanya ramai je yang dapat jemputan ke event tersebut. saya bukan NN punya orang jadi buat apa mereka nak jemput saya. 

meriah ke event petang tadi?
kalau nak tahu meriah atau tak kena tanya mereka yang pergi lah meriah atau tak. tapi saya percaya mereka yang sokong nuffnang pasti akan kata event tu meriah dan terbaik..  hak masing-masing nak nilaikan macam mana event tu..

walaupun nuffnang ni bukan pilihan utama saya dan bukan tujuan saya untuk memburukan nuffnang tapi ada point kenapa saya menulis… 

“Dari cerita-cerita yang saya dengar” boleh di katakan event hari ni sangat bosan sebab macam tak ada win-win lah kan, macam yang kawan saya kata event hari ini sebenarnya hanya menguntungkan pihak pengajur dan mereka yang mengambil bahagian. sebab mereka dapat promosi yang luas dan mereka yang datang hanya di berikan something dalam kuantiti yang sangat tidak berpatutan.

Dan sepatutnya mereka lebih peka dengan isu halal haram bila mengajurkan event sebegini.. apa yang saya maksudkan adalah mereka campurkan stall makanan halal dan makanan yang tidak halal. rasanya lebih elok jika mereka asingkan lokasi makanan halal dan makanan yang tidak halal..

jika tak mampu sediakan meja sekurang-kurang nya sediakan lah kerusi, tahu kenapa kesian pada mereka yang datang bawak anak kecik, mereka yang sarat mengandung, orang tua dan sebagainya.. at least mereka prihatin dengan benda-benda macam tu. 


Nota : memang setiap acara pasti ada kekurangan tapi jangan kekurangan yang sangat terlampau …. maaf ye kalau terover menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.