Jangan Sakit Lama-Lama

By | 09/10/2013

Macam dah beberapa hari tak update blog nie, nasib tak bersawang kalau bersawang satu hal nak kena bersihkan sawang-sawang yang ada dalam blog nieh….

Beberapa hari nie tersangat lah sibuk dengan urusan rasmi yang sangat meletihkan sampai tak mampu nak update blog tambah pulak tak berapa nak sihat kan, rasa macam nak demam pun ada jugak nie.

mood dah lama ke laut, sejak di serang ulser minggu lepas mood terus drop rasa nak marah je. ye lah kan tengah sakit apa pun tak boleh nak fokus. jangan kan kata nak buat kerja dekat pejabat tu nak borak dengan sesiapa pun memang tak ada mood yang mampu hanya menulis saja.. kalau cakap sah-sah akan rasa sakit hati sebab kena tahan pedih akibat ulser.

jangan kan kata kawan-kawan, orang kesayangan pun saya langsung tak ada mood nak cakap lama-lama … ini sah-sah baik ulser kena serangan dengan virus demam pulak … berapa lama pulak lah demamnya kan….

bila itu yang berlaku semua benda saya tolak tepi, apa kerja tak buat bukan malas tapi tak berapa nak larat untuk buat kerja kan. huhuhuhuhuh ………..


Nota : bila nak baik nieh … jangan lah sakit …..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.