Adakah Social Media Yang Salah?

By | 02/10/2013

 

“korang kalau keluar dating sibuk jugak dengan fesbuk ke?”
Itu soalan saya untuk kawan-kawan saya yang rasanya terlalu obses dengan social media seperti facebook,twitter,instagram dan sebagainya.
dalam hal ni nak salahkan siapa?
salahkan kemajuan teknologi atau nak salahkan manusia yang menggunakannya? sila pilih sendiri mana yang patut di bersalahkan.
“serius kita menyampah kalau macam tu ye lh dekat rumah dh fesbuk tak kan time meet someone pun nak fesbuk jugak kan – namiacinta”
“Kita sibuk fikir nak makan apa time dating – Nadia Johari”
“Tak boleh nak lepaskan phone dari tangan, macam mana nak buat. blogger dan phone macam teh dengan gula – FA”
itu antara jawapan yang saya dapat dari kawan-kawan saya dan juga jawapan dari saya sendiri.
masa yang saya ada sangat terhad di tambah pulak dengan faktor jarak jadi kenapa bila ada peluang untuk bertemu tak gunakan masa yang ada sebaik mungkin, bukan ke dekat rumah kita boleh fesbuk dan sebagainya.
kadang-kadang kita perlukan “kehudupan realiti yang normal” untuk seimbangkan perjalanan kehidupan kita pada zaman sekarang nie. kehidupan kita bukan setakat di dunia maya saja.
saya ingat lagi 2 tahun lepas saya hanya habiskan masa saya dengan dunia maya hinggakan ada kawan saya kata yang saya langsung tak ada kehidupan realiti ….
bila dah begitu saya cuba kurangkan kehidupan dunia maya saya dan lebih banyak habiskan masa dengan dunia realiti.
sebenarnya tak semestinya keluar dating tapi bila jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa lebih baik jangan fesbuk atau gunakan apa-apa social media.
walaupun pada kita itu pekara biasa tapi masa yang berlalu itu sangat berharga kalau dah macam tu lebih baik bercakap di social media saja kan dari bertemu.
Nota : kita sendiri pilih mana yang kita mahukan dan bagaimana keadaan yang kita mahukan.
send via samsung mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.