Perempuan Kena Sunat Jugak Ke?

By | 21/09/2013

Semalam masa lunch borak-borak dengan sorak kawan dekat pejabat, ye lah kan time lunch nak keluar memang tak lah sebab dah tapau jadi makan je dekat pejabat.

Saya tanya dia “kenapa orang india kalau sembahyang ada bunyi loceng?”  dia kata ” bila bunyi loceng kita tak akan dengar apa orang-orang sekeliling kata lebih-lebih lagi cakap benda yang tak baik jadi boleh fokus sembahyang”

Sebenarnya saya selalu tanya adat mereka, kenapa macam tu.. kenapa macam nie.. rasanya saya sangat beruntung sebab mereka mahu kongsi cerita dengan saya.. ye lah kalau kita tak tanya mana kita nak tahu kenapa mereka lakukan sesuatu pekara kan.

dalam sesi perbualan masa tu tiba-tiba terkeluar topik kawen, jadi saya cakap lah dekat kawan saya ni macam mana nak jumpa calon kalau selalu je duduk rumah … lepas tu boleh pulak dia tanya “kenapa saya nak carikan ke”

lepas tu saya tanya lah melayu nak ke?
jawapan dia sangat-sangat buat saya gelak tak hengat tau …..
“tak mahu lah nanti kena sunat”

Erkkkk …. apakah jawapan macam tu, tapi sebenarnya saya tak pasti lah kalau perempuan convert masuk islam kena sunat atau tak macam rasanya tak payah je….. ehhhh …. &^$^*()

itu kisah semalam, semalam yang penuh dengan rasa sedih atas perkhabaran yang di terima … semoga semuanya baik-baik saja … 


Nota : kosong ………..


update via samsung mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.