Ninetology U9 X1 Pilihan Hati

By | 10/09/2013

Kalau sebut jenama samsung pasti semua orang tahu akan jenama yang semakin mendapat tempat pada pengguna smartphone. tapi ada tak yang tahu akan adanya smartphone jenama ninetology U9 X1? mesti tak ramai yang tahu kan adanya smartphone tersebut.


Sejujurnya saya sendiri baru tahu akan adanya jenama tersebut dan berpeluang menggunakan Ninetology U9 X1 selama satu minggu.. kalau nak tahu hasilnya boleh lah baca sehingga habis entry ini ..

Ninetology U9 X1 ini mempunyai ketebalan 10mm jadi sila bayangkan betapa nipisnya phone nie, dan kalau ada siapa yang kata smartphone ni berat maknaya korang salah, kalau korang nak tahu berat smarthone ni cuma 160 gram sahaja.. jadi tak ada masalah kalau nak masuk kan dalam poket atau handbag..

Satu yang best tentang phone ni adalah boleh menggunakan dua sim card dalam satu phone tapi yang tak berapa nak bestnya kalau ada panggilan dari sim pertama maka sim card ke dua tak akan dapat menerima panggilan sehingga sim pertama di letakkan jadi di situ sikit menyusahkan ….

Apa yang bestnya bateri phone ninetology U9 X1 ini tahan lebih lama kalau tak salah saya bateri phone ni boleh tahan lebih dari 400 jam ….. 


tapi sikit susah untuk buka cover belakang phone untuk keluarkan bateri … macam saya sendiri memang mengalami kesukaran untuk membuka cover belakang phone nie.. 

Salah satu gambar yang di ambil dengan menggunakan phone ninetology U9 X1, apa yang kurang memuaskan hati kualiti gambar yang tak berapa nak sharp, dan bunyi bising sewaktu mengambil gambar ( atau saya yang tak pandai nak setting )

       

Sebenarnya tak lah susah mana untuk menggunakan smartphone ini walaupun mempunyai skrin yang agak besar 4,8 inci tapi sangat puas hati bila melayari lama social .. jadi tak adalah rasa nak baling ke apa ke heheheheh ….
Harganya tak lah mahal mana pun Cuma RM1099 sahaja dan mampu di miliki.. secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan smartphone Ninetology U9 X1 ini ….



 Nota : bestnya kalau dapat free Ninetology U9 X1 nie mesti lagi bermakna kehidupan sosial heheheh






update via samsung mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.