Manusia Yang Macam Mana Kita

By | 25/09/2013

Ada satu sikap manusia yang kadang-kadang memang kita tak boleh nak jangka dan tak boleh nak duga atau tak boleh nak baca dari pandangan mata kasar.


Depan baik belakang – manusia macam ni memang sangat bahaya dan harus di jauhkan. ye lah depan kita sangat lah baik dan ayat sangat manis tapi belakang kita macam-macam yang di kutuk nya.

Mulut Manis – yang ni pu manusia yang kena hati-hati jugak sebab cara mereka kata sangat lah sedap di dengar dan macam-macam benda yang indah-indah tapi kenyataan nya apa yang mereka katakan satu pun tak boleh pakai kadang kala.

Astro Bergerak – manusia jenis ni lagi sangat bahaya lagi cepat dari internet, dan kadang-kadang benda yang tak betul pun boleh jadi bahan… 

kalau nak tulis spisis manusia yang lebih kurang macam yang saya katakan ni memang sangat banyak lah kan .. tapi saya paling tak suka dengan manusia yang lepaskan semua beban pada orang lain dan pergi macam tu saja tanpa bagi tahu apa-apa….

hari nie kawan saya yang baru berhenti tu buat saya bengang tahap cipanzi okey … sebab sebelum nie saya ada pesan pada dia kerja yang dia buat bagi tahu saya supaya senang.. masa tu dia boleh kata “itu bukan kerja saya” sebab dia dah kata macam tu saya pun biar lah tapi malang nya lepas dia pergi terlalu banyak benda panding yang dia tinggal kan sampai saya tak tahu mana nak follow up mana satu dan tak tahu mana nak mula.

korang yang ada ura-ura nak berhenti kerja tu jangan buat perangai macam tu, kesian dekat kawan yang akan ambik alih tugas yang akan kita tinggalkan. sekurang-kurang nya siapkan kerja yang pending dan dan selebihnya bagi tahu apa nak buat. masa kita mintak kerja kan kita minta dengan cara baik jadi biarlah kita pergi dengan cara baik dan tak perlu orang lain maki hamun kita.

hari ni saya banyak buat kerja luar, penat memang penat tapi dari duduk dalam pejabat lagi penat dan serabut kepala otak nak fikir semua benda.


Nota : jangan jadi manusia yang sentiasa kena maki hamun dengan orang lain kerana sikap dan pembawakan kita .


update via samsung mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.