Kelompok Manusia Yang Mana

By | 24/09/2013

Dalam kehidupan seharian mesti kita akan jumpa macam-macam sikap dan ragam manusia di sekeliling kita, sometime kita akan jumpa manusia yang menjengkelkan dan ada juga manusia yang menyenangkan.

Saya bukan nak kata apa cuma saya nak kata ad sesetengah kelompok manusia yang hanya duduk dalam kelompok yang sama dan sudah tentu sikap dan cara pembawakan mereka dalam lingkungan kelompok yang sama.  termasuk lah cara mereka berfikir, cara pergaulan dan cara kefahaman mereka dalam kelompok yang sama langsung tidak ada perkembangan.

Bila mereka ini terkeluar dari kelompok itu walaupun hanya untuk seketika tetap juga cara pembawakan mereka sama seperti masa mereka dalam kelompok tu tetap tiada perubahan walaupun mereka berada dalam kelompok yang lagi besar dan berbeza.

Apa yang berlaku hari ni buat saya rasa nak marah tapi kalau marah pun kerja tak akan selesai jugak jadi lebih baik cari jalan penyelesaian dari marah tak tentu hala.

hari pertama sorang rakan sepejabat resign tapi langsung tak hand over satu kerja pada saya sebab nak tunggu staff baru masuk. jadi sah-sah lah kerja akan tergendala. yang bos saya pulak dah risau sebab kerja masih ada yang pending..

Saya : dokument ni dekat mana.. yang ni macam mana .. yang tu macam mana …..

Kawan : ntah tak tau… tak ingat cari je lah kan dah hand over semalam ….

okey memang nak kena penampar laju-laju jawapan macam tu … jadi terpaksa lah saya buat semuanya sendiri sebab kawan saya nie jenis yang ntah apa-apa, apa yang dia buat bukan nak bagi tahu bila dia cuti atau apa-apa je orang lain yang kelam kabut..  masa dia hand over kerja dia masa tu saya tengah close OT untuk buat gaji jadi memang tak lah saya nak dengar apa yang dia kata, dia cuma tulis atas kertas dan letak atas meja saya tanpa kata apa-apa.

” bagus sangat lah perangai macam tu “

itu je yang saya kata malas nak kata lebih-lebih kang ada yang gaduh lagi-lagi time tu saya memang dah bengang gila … 

sambung balik pasal kelompok manusia yang lain pulak …..

Ada jugak kelompok manusia yang sama tapi bila mereka masuk ke dalam kelompok yang lain mereka tahu dan reti macam mana nak sesuaikan dengan keadaan persekitaran. jadi manusia kelompok ni tak perlu di risaukan sangat sebab mana-mana kelompok mereka, mereka tahu macam mana nak sesuaikan diri dengan keadaan..


Nota : jadi korang dalam kelompok manusia yang mana satu?



update via samsung mobile




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.