Cerita Tentang Lelaki

By | 26/09/2013

Hari nie terasa sangat bahagia bila hujan turun, ye lah kan dah seminggu tak hujan cuaca panas sampai rasa nak berendam dalam kolam renang dan tak mahu keluar-keluar … hiks

Hari ini saja borak-borak dengan kawan pejabat saya waktu rehat, dia berkongsi kisah dia yang buatkan saya fikir kenapa harus jalani kehidupan sebegitu…

Katanya sejak dia ada baby nie semua benda dia kena buat sendiri, bila baby sakit dia sorang-sorang jaga baby dia. suami dia seminggu sekali baru balik dan ada masanya 2 minggu sekali baru balik, kalau balik pun nak jaga baby pun tak reti… 

Dia kata lagi hari tu suami dia sanggup datang pejabat hanya mahu minta dia buatkan susu baby.. kalau setakat dengan suami je tak apa tapi mak mertua dia yang mahu hari-hari bagi tahu apa yang berlaku buatkan dia rasa rimas.. 

itu kisah kawan saya yang hanya suku saya kongsikan di sini, bukan nak aibkan sesiapa cuma berkongsi kisah saja mana lah tahu kan ada antara pembaca saya yang mengalami masalah yang sama.

Dari cerita dia buat saya terfikir untuk apa ada anak kalau hanya sebelah pihak saya yang harus memikul segala tanggungjawab sedangkan anak itukan amanah bersama yang di berikan. kalau begitu lebih baik tak perlu ada anak kalau rasa tak bersedia untuk menjadi seorang ayah. memang lah berikan belanja tapi kan tak sama dengan masa dan kasih sayang seorang ayah untuk anaknya kan….

Dalam kisah lain pulak, kawan saya berkongsi cerita tentang kehidupan baru yang di laluinya… katanya dia baru saja ada anak umur baru berapa bulan tapi semua benda dia kena uruskan termasuklah belanja anak dan rumah, suami dia hanya duduk rumah langsung tak buat apa-apa yang tahu semua benda tersedia….

Memang tak nafikan lah ada lelaki spisis macam nieh, kerja tak mahu yang tahu hanya meminta dan semua benda sudah tersedia.. yang paling sedih hanya tahu buat anak tapi tak reti nak jaga anak. bila apa-apa berlaku salahkan orang lain…..

bukan ke lebih baik tak payah nikah kalau hidup hanya mahu bebankan kehidupan orang lain yang memang sedia susah?

itu sebahagian pengalam kawan-kawan saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak… bukan lah semua cerita mereka tak baik ada jugak cerita baik yang boleh di kongsikan dengan orang lain sebagai pengajaran…

harap-harap saya tak akan berkahwin dengan lelaki spisis itu yang akan buat kehidupan saya lagi kelam kabut.. sekurang-kurang nya kalau lelaki itu kerja biasa-biasa saja tapi tahu tangungjawab itu sudah cukup …. 🙂



Nota : hidup bukan seperti pelangi yang kita nampak..



update via samsung mobile



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.