Raya Tiba Lagi

By | 08/08/2013

Hi uoll…
Beberapa hari nie sangat-sangat sibuk dengan macam-macam urusan sampai tak sempat nak update blog.

Dah nak masuk raya ke dua baru sempat nak update blog tu pun dah tengah malam baru ada masa.. Nasib baik ada masa jugak kalau langsung tak ada lagi haru jadinya..

Balik kampung je mesti jadi cacing kepanasan sebab tak ada line internet kalau ada pun tak berapa nak best sangat. Bukan line tnet je yang slow line celcom pun nyawa-nyawa ikan..

Raya pertama dah pergi beraya dekat bukit merah.. Woww dah ada jambatan baru rupanya dengan laluan kereta api merentasi kolam bukit merah.. Itu je lah yang paling baru.. Lepas tu pergi selising umah pakcik..

Rupanya sepupu-sepupu sebelah mak dah besar dulu kecik je masa last jumpa.. Ke saya yang dah lama tak balik + tak berapa nak rapat sangat..

Raya ke dua mungkin akan pergi ke batu kurau ziarah kubur arwah atok dan nenek sebelah mak.. Lepas tu beraya dekat rumah sedara mara sebelah mak…

Di kesempatan ini saya minta maaf andai ada salah dan silap, gurau senda yang keterlaluan ke.. Selamat hari raya

update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.