Kehidupan Tiga Penjuru

By | 31/08/2013

Sudah saya katakan kalau saya marah jangan kata apa-apa pada saya, bila berkata dalam keadaan marah pasti akan ada kata-kata yang tak sepatutnya di katakan …….

Dulu saya pernah kata pada dia lambat atau cepat orang tu pasti akan tinggalkan dia tak kisahlah sebab apa sekali pun orang tu pergi sebab saya …. dan memang betul orang tu pergi dari dia masa nak dekat raya hari tu, tak perlu saya bagi tahu sebab apa orang tu pergi dari dia …..

bila orang tu pergi dari dia, hidup saya pun aman damai tak ada lah nak marah-marah atau termeroyan tak tentu hala sampai buat dia pening kepala otak nak fikir….

Then saya kata lagi pada dia macam mana kalau orang tu nak balik pada dia? dia kata orang tu tak akan balik pada dia sebab dah marah sangat apa yang jadi …. saya kata pada dia yang orang tu pasti akan datang balik dan nak balik semula pada dia … dia gelak jahat dan mungkin saya buat kelakar masa tu ….

baru-baru ni orang tu call dia kata yang orang tu menyesal cakap yang bukan-bukan dekat dia …. bila dia kata macam tu dekat saya, saya dah boleh agak lambat atau cepat orang tu akan balik pada dia jugak …. selang dua hari macam tu dia kata yang orang tu memang nak balik dekat dia dan dia tanya saya macam mana nak terima atau tak….

Lama saya fikir sangat susah nak buat keputusan sebenarnya bila melibatkan 3 hati … kalau tak bagi lain pulak jadinya dan bila dah bagi lain pulak jadinya … dua-dua keadaan akan merumitkan jalan kehidupan tiga orang manusia …..

Jangan tanya saya apa jawapan dan keputusan saya, apa yang saya rasa, apa yang say lalui biar saya sorang yang tahu dan tak perlu orang luar ambik tahu ……

Cuma saya kata pada dia … lambat atau cepat orang tu pasti akan tinggalkan dia lagi sekali tak kisahlah sebab apa pun, tapi bila dia nak balik semula pada dia jangan harap saya akan bagi dan sampai mati pun saya tak akan benarkan orang tu balik semula ada dia.. cukup kehidupan yang saya lalui selama beberapa bulan ni yang tak ada siapa tahu …….

Nota : paling tak pun bila dah rasa tak boleh terima saya diam je..

update via samsung mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.