Entry Penuh Serabut Kepala Otak

By | 31/08/2013

Beberapa minggu kebelakangan nie jadual rasmi saya tak berapa nak menentu sangat, terasa macam terlalu banyak urusan rasmi yang perlu di settlekan… 

Sebab terlalu penat dengan urusan rasmi itulah yang buatkan saya lebih banyak diamkan diri dan simpan semua rasa penat + sakit + merajuk dan sebagainya seorang diri ….

Beberapa ketika nie banyak benda yang saya marahkan, marah pada diri sendiri, marah pada keadaan, marah pada kebodohan, marah pada sekeliling dan marah pada orang tu tak ada sebab untuk marah sebenarnya ……

memang kebiasaan saya kalau marah atau sakit hati lebih suka diam dan jangan tanya apa-apa soalan pun.. diam lagi baik dari saya tercakap benda-benda yang lagi menyakitkan hati orang lain. orang tu pun selalu kena dengan saya if benda kecik je benarnya tapi punya lah marah sampai macam-macam ayat keluar…

kadang-kadang penat bila terlalu mahu menulis sesuatu yang “agak berat” sometime terasa mahu menulis sesuatu apa yang ada dalam hati kita kita nie tanpa tapisan tapi tetap juga berlakunya tapisan ayat supaya tiada unsur makian atau apa bahasa yang tak berapa nak baik untuk di baca..

bila fikir balik terasa “menyesal” pulak bagi orang tu buat macam tu sedangkan hati tak mahu begitu … mungkin dalam keadaan yang saya tak tahu tindakan itu adalah lebih baik dari saya tak tahu.. saya harap orang tu akan baik-baik saja dan mampu bahagikan masa dia jadi tiga masa sekarang ni …… 

saya tak boleh nak jangka apa yang akan belaku pada masa hadapan sebab pencaturan yang di lakukan telah berubah ….. 



update via samsung mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.