Walaupun Sudah Berpisah

By | 16/07/2013

” saya tunang dia “

” glupp …. “

Satu perkataan saja dah cukup buatkan saya fikir ada benda yang tak kena dan sedang di sembunyikan dari saya.. sejak hari itu saya cari jawapan nya tapi tak jumpa apa jawapan nya sampai lah saya bertindak nekad dengan menghubungi pejabat dia …  tipu kalau saya tak takut dengar jawapan yang saya tak bersedia nak dengar tapi itu yang saya cari …

” dia cuti kahwin ” 

“betul ke nie dia tak jemput saya pun”

“kalau awak nak pergi, awak boleh pergi dengan saya lagi pun saya tak ada partner”

itu jawapan nya dan saya tahu itu adalah penghujung nya, tipu kalau saya kata yang saya tak sakit hati dan sometime saya rasa macam saya mahu musnah kan semua yang dia bina atas kesakitan hati saya … tapi dalam masa yang sama saya fikir balik apa yang saya dapat kalau saya buat macam tu keadaan tak akan berubah pun jadi saya biarkan dia teruskan hidup dia dan saya teruskan hidup saya ….

itu kisah beberapa tahun lepas sebenarnya yang tak perlu saya kenang atau simpan dalam kehidupan saya… dan seharusnya saya patut buang saja semua kenangan tu….. sebeb tu kalau ada kawan-kawan saya yang kata pada saya teman lelaki mereka akan berkahwin dengan orang lain saya akan senyum, bukan saya ejek nasib mereka sebab saya lalui semua tu dan saya tahu macam mana sakit lalui keadaan macam tu ….

*play*

kadang-kadang perempuan ni ada satu sikap yang susah nak jangka oleh sesiapa pun, bila dah terlalu sayang macam-macam tindakan mereka yang ada kalanya membahayakan ….

bila mereka tak boleh nak terima kenyataan bahawa orang yang mereka saya bukan lagi milik mereka pasti mereka akan terus ganggu kehidupan bekas pasangan mereka yang waktu itu mungkin sudah ada penganti. 

saya tak faham kenapa mereka tak mahu teruskan kehidupan mereka dengan orang lain yang lebih menghargai mereka, kenapa mesti menganggu kehidupan orang lain? mungkin mereka seronok menganggu kehidupan orang lain walaupun sudahnya mereka sendiri yang akan rasa sakit hati.

mungkin ada yang sanggup berkongsi kasih asalkan mereka tidak kehilangan terus orang yang mereka sayang, sedangkan itu hanya menambahkan lagi rasa sakit mereka…

walaupun saya perempuan tapi saya masih tak faham kenapa ada perempuan lain yang sebegitu rupa…. 

tolong lah jangan ganggu bahagia dan gembira orang lain, tolong terima hakikat apa yang berlaku sebenarnya dan tolong jangan musnah kan kehidupan orang lain hanya kerana apa yang di mahukan…..

pandai-pndilah korang nak letak kan diri korang dekat mana, sekalipun korang jahat jangan bagi orang lain nampak kejahatan korang…..


Nota : tak semestinya apa yang kita rasa baik pada diri kita ianya baik pada orang lain… dan tak semestinya apa yang kita nampak buruk pad orang lain tpi baik pada orang lain ….



update via phone mobile  


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.