Surat Rayuan Kepada TNB

By | 15/07/2013

Sekadar berkongsi pengalaman sebagai penguna elektrik yang ada kalanya bil semasa turun dan naik di sebabkan pengunaan yang berlebihan dan terkurang .. heheheheh kalau berlebihan tu salah sendiri sebab guna tv lappy etc tak hengat dunia misal nya lah …

Sebelum saya terus membebel tak hengat .. apa kata korang cuba letak kan situasi korang pada keadaan yang saya kata kan di sini .. katakan lah tiba-tiba korang dapat bil untuk 3 tahun punya dan anggaran yang berlu di bayar adalah lebih kuran RM3.5K apa yang perlu korang buat sedangkan korang bukan orang kaya dan pendapatan korang adalah tidak seberapa…

Langkah pertama korang kena call atau pergi TNB cawangan berdekatan tempat tinggal korang dan tanya apa masalahnya sampai begitu jadinya … ( mungkin dalam edisi perbincangan ini akan keluar semua perkataan yang tak elok jadi cuba elakkan ) okey jadi bila korang dah tahu apa masalahnya memang korang tak akan dapat buat apa-apa melainkan bayar jumplah yang terdapat dalam bil …

Langkah kedua korang boleh hantar surat rayuan ( ini penting ) agak elektrik kediam korang tidak akan di potong, jadi dengan adanya surat rayuan tersebut maka korang selamat lah sikit daripada menghadapi gangguan bekalan elektrik .. sebab bila bekalan elektrik sudah di potong korang kena jelaskan SEMUA bayaran yang tertunggak baru pihak TNB akan menyambungkan bekalan elektrik semuala dekat kediaman korang.

Setelah pihak TNB selesai memproses surat rayuan korang mereka akan hantar surat minta korang datang ke bejabat mereka dalam masa 14 hari dari surat di keluarkan ( kalau surat tu dah lebih dari masa yang di tetapkan sila maklumkan pada TNB ) untuk menandatangi surat perjanjian bayaran …

Mungkin tempoh bayaran yang mereka letak kan adalah 6 bulan atau 1 tahun .. kalau mereka bagi tempaoh 1 tahun untuk selesaikan bayaran itu dah cukup melegakan ….

okey katakan jumplah bil korang adalah RM3400 ÷ 12 bulan = RM 291.70 + Bil semasa ( katakan bil semasa korang RM150 setaip bulan ) jadinya korang kena bayar RM 441.70 setiap bulan dekat TNB …

Tapi bil elektrik tu korang kena bayar secara berasingan .. untuk bila yang tertunggak korang akan dapat form macam gambar dekat atas tu untuk bayaran bulanan korang .. mana kala bayaran bil semasa korang ikut bil yang TNB hantar setiap bulan..

TAPI korang JANGAN ingat bila TNB dah bagi kelonggaran pada korang, korang boleh sesuka hati nak bayar atau tidak … bila korang tak bayar 3 bulan maka secara sah nya perjanjian itu akan terbatal dan MUNGKIN elektrik rumah korang akan di potong dan korang akan di SAMAN oleh pihak TNB kerana melanggar perjanjian.

kerja akan lagi mudah kalau korang datang ke cawangan TNB dan jelaskan masalah korang, mereka akan cuba bantu apa yang mereka rasa perlu walaupun ada masanya kesilapan itu bukan daripada korang … nama pun manusia kan dan pasti akan berlaku kesilapan dan kesalahan dalam apa yang di lakukan ….

Nota : marah je tak guna sedangkan masalah tak boleh nak selesai, kalau masalah boleh selesai dengan kemarahan lama dah ramai yang mati kena sakit jantung ….

update via phone mobile

8 thoughts on “Surat Rayuan Kepada TNB

    1. faz

      boleh sis share surat rayuan yang dihantar kepada TNB

      Reply
  1. Noorimah

    Contoh surat rayuan pembayaran ansuran bil elektrik

    Reply
    1. Cliff Burton

      Kenapa pulak contoh surat tu disenget-sengetkan? Nak baca pun tak boleh. Nak style konon, tapi style tak kena tempat. Cukup la dgn pixellate info yg sensitif. Jangan marah jika teguran ini agak kasar.

      Reply
      1. Namia Cinta Post author

        untuk pengetahuan awak itu bukan surat rayuan tapi itu adalah jadual pembayaran yang mereka berikan kepada saya.

        Reply
  2. ayu

    boleh saya dapatkan contoh surat rayuan yang awak buat tu??

    Reply
  3. Philkunda

    Boleh berikan contoh surat rayuan? Saya perlu mohon pengurangan bayaran bila berjumpa pihak tnb.tp sekarang saya perlukan bantuan untuk surat rayuan.terima kasih atas perkongsian.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.