Bersuka Ria Di Hari Rabu

By | 03/07/2013

Orang lain bersuka ria hujung minggu tapi saya bersuka ria di hari berkerja .. heheheheh apa boleh buat dah itu saja masa yang saya ada untuk bersuka ria….

benda paling stress yang paling saya tak berapa suka waktu mahu membeli kasut, msa tu rasa macam nak je beli semua kasut yang ada hanya sebab ketiadaan saiz untuk kasut yang saya berkenan di hati… 

pusing-pusing selama beberapa jam akhirnya saya terpaksa membeli sepasang kasut yang terbekenan di hati sebab dah tak ada kasut nak pergi kerja + jenjalan … kihkihkihkih

siapa suruh comel  sangat kan saiz dah tak ada tapi itu tak bermakna tak boleh beli kasut kan kan kan … heheheheheh

tak payah tanya harga korang tengok je jenama mesti korang tahu dah harganya… setahun sekali je pun saya beli kasut rasanya sebab hari-hari lain saya akan pakai selipar je untuk ke mana-mana .. 



Sempat jugak tengor movie berdua  dekat midvlley … tengok movie tu memang ada dalam perancangan saya sejak minggu lepas lagi.. 

Rasanya cerita yang tengok saya dan bukannya saya tengok movie heheheheh sebab termenung  kejap fikirkan sesuatu yang menghantui fikiran sejak pagi lagi … okey abaikan part tuh …

boleh di katakan kesulurahan cerita gak best sebab perang-perang dengan zombie siap ada sikit lawak jenaka lagi.. 

sebenarnya saya dah terlalu lama tak pergi midvalley, rupanya dah banyak yang berubah… dan sudah semakin besar sampai tak mampu nak habiskan jalan pergi semua tempat. apa pun saya sangat gembira untuk hari nieh …


Nota : kadang-kadang tak semua kisah peribadi kita harus di tuliskan di ruang terbuka …


update via phone mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.