Apa Adanya Dengan Setia

By | 08/07/2013

Rasanya sudah seminggu tak update blog, bukan malas nak update cumanya saya di serang virus kemalasan yang sangat terlampau itu sebab saya tak update blog.. jangan kata blog email pun saya tak balas dan tak tengok.. heheheh nama pun di serang virus kemalasan.

Beberapa hari nie terasa sangat penat dengan urusan rasmi yang tak pernah habis. Tapi saya suka dengan apa yang saya lakukan tanpa ada sesiapa paksa saya buat apa yang saya tak suka.

Sebenarnya banya isu yang saya mahu tulis tapi kekangan masa yang buatkan saya tak mampu nak menulis semua yang berada difikiran saya. Tapi ada masanya saya memaksa diri untuk menulis juga

Kadang-kadang tak semua benda kita boleh dapat dengan mudah, ada kalanya apa yang kita mahukan perlukan pengorbanan yang ada masanya terpaksa korbankan orang lain..

Ye itu kejam bunyinya dan tidak sepatutnya berlaku tapi bila keadaan memaksa apa pun bolrh berlaku… kadang-kadang sesetengah keadaan terpaksa di lakukan.

“Awak nak lelaki tu boleh tapi awak kena berikan sesuatu yang bernilai sebagai pertukaran” zaman sekarang tak ada benda yang percuma nak masuk bilik air pun kena bayar tahu …

jangan kata saya ego dan penting kan diri sendiri sebab saya rasa saya dah terlalu banyak tolak ansur dalam semua keadaan tapi itu pun mahu kata saya “teruk”

Kadang-kadang kita cuba jadi yang sempurna di mata orang lain tapi ternyata kita masih kelihatan tak sempurna di mata orang lain..

Nota : ada apa dengan setia kalau kesakitan yang di berikan

update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.