Suami Orang Bercinta Dengan Isteri Orang

By | 14/06/2013

Kebelakangan nie saya selalu saja kongsi masalah orang lain di blog sampai ada yang tanya pada saya sendiri tak ada masalah ke sampai kena tulis masalah orang lain dalam blog. dan bukan ke lebih elok tulis masalah sendiri…

pada saya tak perlu nak tulis masalah sendiri dalam blog sebab tak berapa nak penting dan kalau saya menulis masalah orang lain pun bukannya sampai mengaibkan orang sekadar berkongsi kisah saja lagi pun semua cerita yang saya tulis datangnya dari pembaca blog saya menerusi email jadi ?

Siang tadi masa di pejabat sempat berbual dengan kawan pejabat saya, dalam banyak-banyak cerita dia ada cerita satu kisah rumah tangga kenalan dia.. 

Selalunya kita dengar perempuan yang belum berkahwin bercinta dengan suami orang atau ada hubungan sulit dengan suami orang tapi kawan saya kata suami kawan dia ada hubungan dengan isteri orang, kata kawan saya lagi mungkin suami kawan dia ni telah terkena ilmu yang di hantar oleh perempuan satu lagi tu…  kata kawan saya lagi suami kawan di ni pernah membuat pengakuan yang dia pernah terlanjur dengan perempuan tu…. 

pada saya tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, cerita-cerita itu buat saya terfikir dan cuba letak kan diri saya dalam situasi kawan kepada kawan saya dan apa tindakan saya?

saya tak ada jawapan sekarang sebab perhubungan percintaan dan perkahwinan adalah berbeza.. mungkin kalau berpisah ketika bercinta sakitnya hanya seketika tapi berpisah kerana penceraian?

kata kawan saya lagi setiap kali kawan dia update status di muka buku pasti perempuan tu akan menghantar pesanan pada suami kawan dia tu … 

tak lama dulu saya ada tulis entry ini dan entry ini bukan bermaksud saya mengalakkan bercinta dengan suami orang atau mempunyai skandal di belakang pasangan korang tapi cuba korang fikir kalau korang tak suka hak korang di rampas orang lain sama jugak dengan orang lain jadi jangan sesekali merampas hak orang lain.


Nota : semoga perkahwinan mereka akan berkekalan hingga akhir hayat dan di jauhkan dugaan yang berat… 


update via phone mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.