Molikul Molikul Cinta

By | 16/06/2013

Selalu je kita dengar ada yang kata “cinta itu buta” sebenarnya cinta  itu tak buta tapi manusia yang bercinta itu sendiri sebenarnya buta. kenapa harus salahkan cinta sedangkan diri kita yang mengawal semua perasaan yang datang?

Satu lagi kisah cinta yang mahu saya kongsikan, mungkin ada di antara pembaca blog ni mengalami situasi yang sama.. 

cerita seorang kawan … dia bercinta dengan orang lain tapi bertunang dengan orang lain dan mungkin akan berkahwin dengan orang lain …

berkahwin dengan orang lain?
persoalan itu saya ajukan pada kawan saya supaya lebih jelas kenapa dia berkata sebegitu …

cerita kawan saya ….
pada masa dia mahu bertunang dia buat solah istikarah dan dia nampak teman wanita dia yang hadir … tapi entah macam mana dia bertunang dengan orang lain yang dia hanya anggap kawan saja sebelum ini ….

sepanjang usia pertunang itu banyak benda yang berlaku.. benda-benda yang membuatkan keluarga masuk campur dan mungkin perkahwinan dengan tunang dia tidak dapat di teruskan …

bukan saya mahu membuka aib orang tapi saya rasa benda nie ada tertulis juga “lelaki yang baik untuk perempuan baik dan perempuan baik untuk lelaki baik dan begitu juga sebaliknya” tapi kalau lelaki dapat perempuan yang tak berapa nak baik itu adalah dugaan yang Allah berikan pada lelaki itu untuk membimbing perempuan tu menjadi lebih baik daripada kehidupan dia sekarang.

tapi kalau perempuan dapat lelaki yang tak berapa nak baik lebih baik fikir banyak kali untuk teruskan perhubungan, tapi kalau mata hati dah buta dan langsung tak boleh nak lihat apa yang berlaku memang susahlah jawabnya.

bila dah begitu keluarga kawan saya bertindak mencarikan calon lain untuk menjadi teman hidup kawan saya nie… bukan setakat itu keluarga kawan saya siap kata kalau tak cukup duit untuk majlis perkahwinan mereka akan berikan ….

Allah akan memudahkan urusan yang baik jika mendaat redha dari keluarga … dan begitulah sebaliknya ….


Satu lagi kisah cinta yang mahu saya kongsikan yang mungkin jarang-jarang berlaku dalam kehidupan normal kewarasan manusia.. mungkin pada yang pernah laluinya tahu betapa sakitnya rasa bila terpaksa lalui keadaan-keadaan yang tak pernah terjangka..

cerita kawan saya …..
dia dan teman lelaki dia dah kenal agak lama cuma baru 2 tahun bercinta .. hari-hari mereka berhubung melalui talian sebab jarang mereka yang jauh ( sorang dekat johor sorang dekat penang ) yang buatkan mereka jarang bertemu …

Bila dah macam tu teman lelaki kawan saya ni bertindak mencari teman wanita lain tapi dalam masa yang sama teman lelaki kawan saya ni tak mahu lepaskan kawan saya atas alasan masih sayang.


saya tanya pada kawan saya “kenapa mesti macam tu kalau sayang semua tu tak akan berlaku” itu soalan yang tak ada jawapan sampai hari ini..

1001 kisah cinta kehidupan manusia yang punyai kisah cinta tersendiri sama da sedih atau pun gembira . pada saya setiap orang punyai hak untuk nikmati kegembiraan ketika bercinta.


satu lagi kisah cinta yang agak mencabar perasaan pada saya…
kisah ini sebenarnya dah berlalu bertahun lama nya tapi pemilik hati tidak pernah lupakan kisah itu hingga sekarang …

suatu malam di malam minggu sebaik saja keluar dari sebuah kelab malam di sekitar kuala lumpur pasangan itu kemalangan ( kemalangan yang di rancang ) sebenarnya sebelum mereka keluar dari kelab malam tu sesuatu telah pun berlaku dalam kelab malam tu hingga menimbulkan kekacauan …

dalam kemalangan tu teman lelaki perempuan tu meninggal dunia tapi lelaki tu sempat meninggal kan pesan pada perempuan tu untuk kehidupan akan datang … 

“jangan datang situ lagi sampai bila-bila dan jaga diri bebaik apa pun kehidupan yang berlaku akan datang teruskan jugak kehidupan dan ingat masa-masa yang mengembirakan walaupun hati tengah sedih”

itulah pesanan lelaki tu pada perempuan tu sebelum pergi untuk selamanya … sejak tu macam mana kehidupan perempuan tu untuk tahun-tahun seterusnya tak ada sesiapa yang tahu …




Nota : kita yang tentukan apa yang kita mahukan dalam kehidupan perhubungan ….. 


update via phone mobile



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.