Menghadapi Realiti Kewanitaan

By | 13/06/2013


Masalah lemah kawalan kencing atau light urinary leakage ( LUL ) dialami oleh 1 daripada 4 wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Kebanyakkan wanita yang mengalaminya di selubungi dengan salah  tanggapan, perasaan malu dan cara rawatan yang salah, malah dalam masa yang sama kebanyakkan wanita lebih gemar kepada penyelesaian jangka pendek.

Dr. seri Sunizah Sufian berkata masalah LUL ini jarang di perkatakan secara terbuka atas faktor ujudnya rasa malu dan rendah diri.

Katanya kebanyakkan wanita lebih gemar merawat masalah LUL ini dengan mengunakan kaedah sendiri untuk mengatasinya dengan mengurangkan minum air, membawa bersama salinan pakaian atau memakai tuala wanita biasa secara berterusan.

Sebenarnya mereka hanya memerlukan sedikit penyesuaian dalam kehidupan seharian seperti kerap melakukan senaman kegel ( kemut ) dan mengelakkan makanan serta minuman yang boleh merangsangkan pundi kencing.beliau berkata begitu pada kempen Menghadapi Realiti Kewanitaan dan Masalah Lemah Kawalan Kencing anjuran Poise sempena Minggu Kontinens Sedunia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini

Dalam masa yang sama Fisioterapis Kesihatan Wanita Hospital Prince Court, Neng Shahidah Sabullah berkata wanita yang meningkat umur 40an perlu melakukan banyak penyesuaian dalam hidup yang boleh memberikan kesan emosi dan pisikologi secara positif. ini termasuk ketika menghadapi masalah seperti LUL yang sedikit sebanyak akan menganggu dari segi emosi.

Sebagai pakar fisioterapi, beliau akan mengajar wanita yang mengalami LUL ini mengenai senaman Kegel (kemut) dan 60 peratus daripada mereka berjaya dirawat.

“Senaman Kegel sesuai dengan wanita dan mereka harus belajar bagaimana hendak mengawal kencing dengan melakukan kemut.

“Pemakaian bengkung turut menjadi salah satu punca LUL. Jangan pakai ketat sangat kerana akan memberikan tekanan dari bahagian atas abdomen hingga ke bawah dan membuatkan seseorang itu terasa seperti hendak kencing,” tambah Neng Shahidah.

Selaku Duta Poise Raja Azura berkata LUL memang menimbulkan rasa tidak selesa dan menjejaskan rutin seharian. Beliau jugak berkata “LUL adalah cabaran dan realiti yang pelu di hadapi secara bijak oleh kebanyakkan wanita” 



Nota : dengan Poise pasti akan rasa lebih selesa 


update via phone mobile 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.