Tekanan Yang Berlebihan

By | 13/05/2013

Kadang-kadang walaupun orang yang mendengar apa yang kita katakan tidak mampu untuk membantu kita tapi dengan kata-kata positif akan buatkan hati kita sedikit tenang sebaliknya dengan kata-kata negatif akan buatkan keadaan kita bertambah kusut sedangkan kita perlu kan seseorang yang boleh tenangkan perasaan kita di saat hati kita tidak sebegitu tenang.

Sama lah jugak kalau pun orang lain nampak kita bahagia dan gembira dengan kehidupan kita orang akan kata “beruntung nya kita kerana memiliki kehidupan sebegitu” sedangkan orang tak akan nampak apa yang kita lalui pada saat-saat sukar dan menyakitkan. biasanya orang hanya akan nampak benda yang mengembirakan.

sejak beberapa minggu ni saya terasa macam mengalami tekanan yang berlebihan yang jarang sangat saya alami … punca? tak tahu apa punca saya mengalami tekanan yang berlebihan macam ini mungkin terlalu banyak benda negatif yang saya fikirkan.. tekanan darah jangan kata lah sah-sah akan naik bertingkat-tingkat….

kadang-kadang memang kita tak seharusnya bagi tahu semua pada sesiapa, tapi dengan cara melepaskan semua “beban” yang di tanggung akan buatkan kita akan rasa lebih tenang dan boleh berfikir dengan lebih waras tanpa menyakitkan sesiapa..

saya paling tak suka dalam keadaan keserabutan kawan-kawan hanya kata “sabar je lah” itu ayat yang paling tidak membantu menyelesaikan apa-apa masalah dan tak akan meredakan tekanan yang di hadapi.. rasanya kalau ayat itu di berikan pada orang yang sedang mahu bunuh diri saya pasti orang itu akan terus bunuh diri…

sebab tu kadang-kadang bila ada yang mengirimkan email pada saya minta pandagan atau nasihat saya akan berfikir seketika sebelum memberikan jawapan yang mampu membantu bukan membunuh ..

Saya bukan ahli nujum yang boleh baca isi hati orang lain, rasanya kalau saya boleh baca isi hati orang lain lama dah saya mati kena serangan jantung agaknya.. macam mana kita nak tahu apa yang orang lain fikir tentang kita dan apa pandagan orang lain tentang kita….

Nota : kadang-kadang apa yang saya tulis buat orang susah nak faham apa yang mahu di sampaikan .. kadang-kadang untuk menulis secara terus itu sangat susah sebenarnya pada orang macam saya …..

update via phone mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.