Surat Terbuka Buat Shell Malaysia Trading

By | 22/05/2013

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd
All Staff bahagian khidmat pelanggan

Kenyataan 1 :

maaf sebab kami terlepas pandang sebab tu kad cik tidak dapat kami proses. saya akan proses kad cik hari ini jugak dan akan poskan pada cik esok hari. 7 hingga 10 hari waktu berkerja cik akan dapat kad cik.

Feedback dari pelanggan :

( tengok kelender ) saya tak rasa yang saya akan dapat kad saya hujung minggu depan sebab 24,25 dan 26 cuti kan jadi saya tak rasa yang saya akan dapat kad saya hujung minggu depan. lagi satu rasanya saya kena tunggu lagi seminggu baru saya akan dapat no pin kad tu. boleh tak hantar kad tu guna pos laju ke apa ke asalkan saya dapat kad tu esok.

Feedback dari Staff :

Maaf polisi kami tak membenarkan kami menggunakan pos laju kalau boleh buat begitu tentu saya dah buat.


Feedback dari pelanggan :

kesalah dari pihak awak, kalau setakat seminggu lewat saya boleh terima ini dah dekat dua bulan, kad yang lagi satu awak nampak pulak lagi satu kad awak kata terlepas pandang sedangkan dalam file yang sama saya hantar … bla bla bla … terima kasih ( letak phone )


Kenyataan 2 :

Sebenarnya form yang cik hantar tu ada masalah sebab tulisan tak berapa nak jelas sebab tu pihak kami terpaksa hold dulu proses card tu. tapi saya nampak dalam system kad tu sudah di proses dan akan di hantar pada cik esok .. bla bla bla (ulang ayat yang sama seperti sebelum ni )

Feedback pelanggan :

boleh tak encik jangan nak putar belit kan kenyataan, pagi tadi saya call kata terlepas pandang sekarang encik kata form ada masalah pulak mana satu yang betul ni dan siapa saya nak percaya atau saya yang tak reti nak tulis…..  jangan lah putar beli kan kenyataan kalau ye pun nak tutup kesalahan.. bla bla bla bla … terima kasih ( letak phone )


Sakit jiwa pasal sekeping kad je pagi-pagi saya dah kena bebel dengan bebudak transport sebab kad tak sampai-sampai … sebenarnya ini bukan kali pertama pihak shell malaysia trading tu terlepas pandang permohonan pengantian kad yang hilang atau rosak .. dan banyak kali benarnya …. cuba mereka ada dekat tempat saya waktu itu adakah mereka akan marah dengan situasi sebegitu .. 

buat Shell Malaysia Trading Sdn Bhd saya rasa adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian bagaimana nak atasi masalah sebegini.. sekurang-kurangnya ada jalan alternatif untuk cepatkan penyerahan kad yang di hantar … memang kalau ikut syarat-syarat dan peraturan pihak shell tidak boleh menggunakan perkhidmatan lain selain pos biasa tapi sekurang-kurangnya ada back up kalau situasi begini bukannya lepas tangan ….

saya percaya pertengahan minggu bulan jun nanti baru kad tu akan sampai dan lagi seminggu pin number akan di terima.



Luahan hati pengguna shell card yang kecewa 


Nota : sekurang-kurangnya ada alternatif lain untuk selesaikan masalah …..



update via phone mobile


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.